Kereta ini kubeli dari Sabah pada tahun 2011. Maka semua perkhidmatan di pusat Service di Lahad Datu. Sekiranya pergi service kereta bolehlah menyelam sambil minum air kerana boleh beli-belah di Ridwan atau di Servay atau di mana-mana pasaraya yang sempat singgah.
Kini aku di Sabak Bernam. Pusat Service paling dekat ialah di Teluk Intan , kira-kira 55km. Semalam bermula service untuk 15000 km tetapi dah melebihi hadnya. Angka pada meter menunjukkan 18326km. Setiap kali hendak service tentu , perunding kewangan memberikan bajetnya. Kali ini kena RM331.00. Tetapi aku ada menjawab borang kaji selidik tentang pusat service dan memberikan pendapat. Maka aku diberi bonus RM20.
Masalahnya kali pertama dulu, aku terlupa hendak memberitahu, maka hilanglah bonus RM20 itu. Kali ini aku beritahu barulah dapat potongan RM20. Hai, orang yang berniaga kira tidak jujur sebab dalam komputer mereka ada potongan itu. Oleh itu kepada pelanggan kereta Toyota jika anda dapat bonus silalah beritahu kepada mereka. Kalau tidak melepas peluang walaupun RM20.
No comments:
Post a Comment