Monday, May 7, 2012

uniform Sekolah

Sejak mengajar di Sekolah Kebangsaan Dato' Naning, Melaka suatu perubahan telah berlaku kerana selama mengajar sejak tahun 1985 - 2001, sekolah-sekolah yang telah aku berkhidmat  tidak pernah membuat pakaian seragam. Bermula di   SDKN banyaklah baju seragam yang telah ditempah, mula-mula warna oren, kemudian coklat dan akhirnya warna hijau.  Baju-baju itu ada ku tinggalkan di rumah di Melaka.
  Pakaian seragam ini dibuat khas untuk majlis-majlis tertentu di sekolah seperti mesyuarat agong PIBG, Hari Kualiti/Kecemerlangan atau Hari Guru.  Kini aku di SK Sungai sireh, Tanjung Karang , Selangor.  Lihatlah gambar ini pakaian seragam yang telah dipilih untuk tema tahun ini.  Tahun ini aku menempah baju kurung tradisional kerana ada sebab-sebab tertentu.

  Semacam ada persamaan pula AJK yang memilih corak pakaian seragam ini.  Baju kurung moden di bawah ini adalah pakaian seragam bagi SK Sahabat 4 pada tahun 2010.  Baju kurung moden ini dibuat di Q Busana, Lahad Datu, Sabah.     Baju ini dibuat kecil sahaja oleh si tukang jahit kerana orang lain yang mengukur dan orang lain pula yang menjahitnya.  Baju masih boleh dipakai tetapi sudah macam sarung nangka , malu aku nak  memakainya.  Nantilah kena kecilkan badan dulu baru boleh pakai tetapi yang peliknya kain macam biasa sahaja. Di mana silapnya, tentulah dah gemuk.  Oleh itu tahun ini aku membuat baju kurung sahaja.
             Baju tak okay tetapi kain masih okay, jadi tak selesa dipakai.
     Baju batik ini masih aku simpan, sayang banyak kenangannya.

No comments:

Post a Comment