Thursday, May 10, 2012

mana satu betul?

 semalam 9 Mei 2012, pelbagai tanda tanya timbul di benakku.  Mana tidaknya: "dik, mak cik dan kakak " adalah gelaran panggilan kepadaku.
  Sengal betul murid sekolahku ini, mana tidaknya dah hampir 2 bulan aku berkhidmat di sini.  Sudahlah nakal, tergelincir dan kotor bajunya terkena dan tergesel disimen, sakit pinggang pula.  Jalan pun dah terhincut-hincut terpaksa dipapah oleh rakannya.    Aku pula bertugas pada hari itu.  Aku terpaksa hantar ke rumahnya memandangkan keadaannya begitu setelah memberitahu bapanya. Bapanya pula tidak dapat mengambilnya.  Sempat juga aku menempelak kenakalan anaknya.  Adakah patut dipanggailnya aku " mak cik", sengal betul budak ni!.
  Beralih pula ke situasi kedua.  ketika itu aku duduk di kerusi murid, sibuk nak menampal kata-kata motivasi di kelasku.  Tiba-tiba seorang pekerja memanggil aku , "Adik, pasang plak tu!.  Mungkin badanku sama besar dengan budak 12 tahun kot sebab aku dipanggil dari belakang bukan berhadapan atau bertentangan mata.
  Di stesen minyak pula, pekerja itu memanggil aku, "Kakak" sedangkan aku melihatnya lebih kurang sebaya denganku ataupun lebih tua dia daripadaku.
 Entahlah bagaimana agak perasaan anda jika anda di tempat saya.  Di manakah panggilan bagi gelaran yang sesuai?

 

No comments:

Post a Comment