Sampai di sana, ku lihat kakak iparku sedang sibuk nak menginai pengantin, manakala si bapa pengantin sibuk nak menghitamkan rambut. Ada yang tidak kena dengan daun inai, mungkin muda sangat , warna inai tak merah walaupun dah dicampurkan dengan gambir. Jadi tak ada pilihan, ditambah dengan inai dari Mekah. Malam itu kami menghiris daun pandan untuk buat bunga rampai. Hantaran dah siap. Tinggal menghias bilik pengantin. Wow,merahnya mak ngah, nak buat macam mana? Memang merah betul nasib baik merah bata, kalau merah terang memang kena langgar dengan lembu agaknya tapi ini kan bilik dan Kuala Lumpur pula ,mana ada lembu?.
Keesokannya 27/12/2013 masing-masing sibuk, memasak untuk makan tengah hari. Kami masak sedikit sahaja untuk kaum keluiarga terdekat kerana majlis untuk esok semuanya katering. Majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Khatijah pada jam 5.00 petang, pengantin lelaki dah sampai pada 3.45 petang, mereka terpaksa datang awal kerana bimbang akan kesesakan di jalan raya, almaklum bandar raya Kuala Lumpur tambahan mereka dari jauh, Kedah.
Pengantin perempuan pula yang terlambat nak bersiap-siap , kami pun risau juga nak menegur nanti lari pula si tukang makeup. Apa-apa pun syukurlah majlis berlangsung dengan lancar, nasib baik Pak Imam dan saksi ' cool " sahaja,kalau orang Melaka mesti dah kena tegur...berbaik sangkalah kita . Ada juga pihak keluarga kami yang tersilap masjid, inilah pengajaran agar mendengar dengan teliti. Untuk mengadakan majlis perkahwinan memang banyak cabaran terutama masa kini, kaum keluarga tidak dapat membantu kerana komitmen bekerja dan tinggal pula berjauhan. Oleh itu adalah mudah dengan mengupah katering sahaja, dah tentu semuanya berjalan dengan lancar, yang penting kocek kena tebal untuk menanggung segala perbelanjaan - dari benda yang sekecil-kecil sehinggalah selesai majlis tersebut. Banyak kebaikan majlis diuruskan oleh pihak tertentu kerana tuan rumah tak pening kepala memikirkan setiap acara dapat berjalan lancar. Banyak urusan yang perlu difikirkan.
Sesi soaljawab atau temuduga oleh Imam terhadap pengantin lelaki
barang-barang hantaran yang disusun oleh kedua-dua pihak pengantin
majlis doa selamat
Selesai sudah majlis akad nikah
Pengantin lelaki memakaikan rantai tangan dan seutas rantai dan di samping duit mas kahwin yang diletakkan di dalam bingkai gambar.
Semua yang hadir dijamu makan dengan menu ayam goreng berempah, lauk daging kurma, asam pedas ikan tenggiri, sayur campur dan sambal belacan dengan ulam timun. Pencuci mulut pula agar-agar cendol dan buah jambu. Terdapat juga roti jala dengan pencicahnya kari ayam. Majlis berakhir sehingga hampir waktu maghrib. Kami beredar dan menunjukkan tempat penginapan pihak pengantin lelaki dan ahli keluarga di Kolej 12, Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment