Monday, November 21, 2011

Beranikah anda?- SK Paya Keladi

 Tahun 1997 aku mengajar Tahun 6.  perubahan drastik telah pun dibuat.  Segala perancangan mengajar tahun 6 kertas Karangan , Pemahaman, Sains, Matematik adalah subjek UPSR bermakna murid-murid Tahun 6 akan mendapat keputusan 5 A, hanya Bahasa Inggeris diajar oleh guru Bahasa Inggeris.  Bagi kami bertiga sebenarnya telah mengajar murid-murid itu mengikut tahun 4, 5 dan 6.
  Oleh kerana aku bersalin anak ketiga, maka semasa ketiadaanku perancangan awal telah berubah.  Peranan GPK 1 telah menyebabkan sedikit kecelaruan.  Entah mengapa tetiba sahaja aku mendapat panggilan telefon, subjek matematikku akan diambil alih oleh guru lain.  Pertanyaannya bersahaja, aku pun menjawabnya secara seloroh.  Rupa-rupanya mereka telah membuat keputusan drastik.  Aku tidak kisah sebenarnya, tetapi aku sayang akan muridku yang telah kudidik selama hampir 3 tahun.  Aku mahu melihat hasilnya.
  Keputusan itu amat mengecewakan aku.  Setelah bercuti selama 42 hari, aku menyambung tugasku  mengajar semula. Tetapi hati cukup kecewa.  Dalam kecewa, ku pujuk hati sendiri.  Aku hanya mengajar Bahasa Melayu dan matematik manakala Sains diajar oleh rakanku.
 Ringkasnya, satu keajaiban telah berlaku.  Seorang muridku, Norhafizah bt Ahmad menghampiriku.  Cikgu , "Saya gagal karangan, dapat D?. Kenapa?. Bagaimana kamu menjawab soalah?".  Aku merasa pelik kerana selama ini aku telah memberikan banyak latih tubi menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas dan dia tak pernah gagal.  Aku lagi pelik apabila seorang muridku yang  lemah dapat B Kertas Penulisan.
   Atas rasa tanggungjawab aku pun menulis surat rayuan kepada Lembaga Peperiksaan agar menyemak semula keputusan itu.  Aku lampirkan semua rekod pencapaiannya dalam keputusan peperiksaaan sekolah dan latih tubi soalan tahun -tahun lepas.  Memang aku ada menyimpan semua rekod keputusan murid ini dari tahun 4 hingga tahun 6.
  Akhirnya keputusan itu memihak kepadanya.  Dia mendapat A tetapi malangnya keputusan itu diperbetulkan pada bulan Februari.  Murid itu sudah ke tingkatan 1.  Apa-apa pun aku bersyukur dapat memberikannya kepuasan, kalau tidak dia gagal UPSR hanya kerana kertas Penulisan. Guru besar pada masa itu Tn.  Hj.  Dzulkifli b Mahmood memujiku semasa mesyuarat PIBG dengan mengatakan ," Kita ada seorang guru yang berani".  Cukuplah pujian itu dapat juga mengubati kelukaan di hatiku.

No comments:

Post a Comment