Sunday, November 6, 2011

Mesin jahit

Siapa suka menjahit? Marilah berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang ada sekelumit pada diriku.  Aku sememangnya tidak ada asas menjahit.  Aku mengenal jahitan semasa aku bersekolah Inggeris di St Teresa Convent, Brickfield , Kuala Lumpur.  Semasa itu aku darjah empat.  Aku mula belajar menjahit skirt kembang.
  Aku masih ingat lagi ketika tinggal dengan ibu saudaraku di Kampung Kerinchi. Aku disuruh menjahit baju kurung sendiri.  Mak cikku menggunting dan menjahit mesin, yang lain-lain seperti kelim dan jahit tulang belut pada leher baju kurung diserahkan kepadaku.
 Entah mengapa dan bila aku meminati jahitan , aku sendiri tidak tahu.  Oleh kerana kemiskinan hidup, aku terpaksa menjahit kain sendiri.  Pada masa itu aku masih tingkatan satu. Aku masih ingat kain kembang bentuk A , ku ambil kain yang siap, ku bentang dan ikut ukuran tersebut.  Masih terbayang lagi ketika itu esok "Hari Raya". Malam itu aku harusku siapkan kain itu untuk dipakai pada Hari Raya.  Aku bertekad mesti siap, akhirnya kain itu siap sebelum subuh.  Mengantuknya mataku sehingga aku terlelap dan akhirnya aku terjaga di kala waktu subuh dah habis.  Seperti biasa aku sembahyang subuh iaitu subuh gajah yang selalu ku sebut kalau lambat bangun.
  Kini aku masih lagi suka menjahit yang anehnya aku tidak gemar menjahit baju, kalau langsir dan sarung bantal bolehlah.  Mesin jahit baruku beli kerana tinggal di pedalaman ini sukar nak ke bandar atau nak jahit tepi.  Mesin jahit tepiku dah berumur sebelas tahun, mesin jahit Singerku dah sebaya dengan usia aku menjadi guru selama 27 tahun.  Mesin itu ku tinggalkan di Semenanjung kerana tak mampu nak bawa ke Felda Sahabat ini.
Mesin baru ku beli pada 24/4/2011- hasilnya langsir yang ku jahit di rumah Felda ini dan 3 helai baju kurung.
Mesin jahit tepi ni beratnya 7.9 kg, ku bawa semasa naik Air Asia. Pegawai kastam itu terkejut semasa melakukan imbasan," mesin basuh.  Takkan mesin basuh, mesin jahitlah, maklumlah lelakikan, mana tahu".
   Inilah mesin jahitku yang kubeli pada 24/4/2011.  Gunanya adalah untuk membaiki baju-baju yang siap ku beli sekiranya labuh, besar dan sebagainya.
Banyak kegunaan mesin jahit bukan sekadar hiasan atau sebagai gajah putih. Manfaatkanlah penggunaannya,

No comments:

Post a Comment