Wednesday, November 23, 2011

Cabaran hidup di Sabah -( 1)

   Hadirku tidak dipinta, datangku tak dijemput. Oleh itu ku bermohon kepada-Mu ya Illahi, Tuhan yang Maha Kaya, Agung, dan segala-galanya.  Permudahkanlah urusan perpindahanku ini.
  Kembali ke semenanjung adalah doaku sehari-hari.  Bayangkanlah dua minggu hadir suamiku di sini dan kena darah tinggi.  macam mana tak tention ,barang-barang tak ada, yang ada hanya tilam bujang itupun diberi pinjam jiran sebelah, dan sebeg pakaian .  Barang-barang peralatan rumah sampai dua bulan kemudian.
    Pertengahan bulan Mac pula kena ghouts sebab jiran jamu makan seafood. Dia jenis tak mahu kecilkan hati tuan rumah.  Aku pula pada masa itu sibuk dengan persiapan untuk urusan perpindahan sekolah anak bongsuku, pencerapan Nazir dan kemas barang-barang di sekolah.
   Hendak tinggalkan rumah juga kena fikir.  Tinggalkan anak dara tentulah panjang akalku tambahan pula rumahku agak terpencil.  Jiran sebelah Pak Imam dan isterinya sahaja.  Lagi kecut perutku kalau apa-apa terjadi kepada mereka.
  Oleh itu, aku siapkan pintu pagar automatik, ganti grill depan sliding door, ganti dua pintu bilik air dan menambah bilik belakang agar mudah ditempatkan mesin basuh dan tempat menyidai pakaian.  Semuaku lakukan sendiri, kerana suamiku hanya mengadap dan setia serta patuh arahan pekerjaan.  Kekadang kecil hatiku, kalau tanya pendapatnya mengenai rumah.  Oleh itu pandai-pandailah aku menguruskannya.
  Aku berharap dengan adanya pintu automatik itu dan alat penggera yang rosak telah dibaiki malah ditambah satu loceng di belakang rumah keselamatan akan terjamin.  Itu sahaja yang boleh ku lakukan untuk keselamatan anak-anakku.  Siapakah ibu bapa yang tidak risau dengan keadaan demikian?.  Hanya kepada Allah sahaja ku sandarkan , ku pohon keselamatan dan lindungan-Nya.

No comments:

Post a Comment