Monday, November 21, 2011

Kisah 3 - Sk Paya Keladi - Ego

  Keegoan guru besar pada masa itu, amat menyeksakan.  Bagiku apabila kita menjadi pemimpin, kita sepatutnya menerima pandangan dan pendapat cikgu bawahan.  Bagiku guru besar sepatutnya memberikan keadilan kepadaku namun aku tidak kisah sebab peristiwa itu menunjukkan aku melawannya.  Banyak perkara yang ku bangkitkan tentang pengurusan sekolah yang menyebabkan rasa tidak puas hatinya  kepadaku.
  Tidak lama kemudian, guru besar tersebut pun berpindah.  Aku dapat tahu akhirnya, beliau mengakui aku memang pandai mengajar dan bijak.  Seterusnya selepas itu, aku berkecil hati.  Aku pun memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.
  Aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam  Program Berkembar Bahasa Melayu - 2 tahun di UPSI dan 2 tahun di Universiti Malaya pada tahun 1995.  Malangnya, suaminya tidak membenarkan malah katanya," Mengapa muda-muda dulu tak belajar?"  . Kecilnya hatiku kerana aku sanggup ke Maktab Lembah Pantai di Kuala Lumpur untuk sesi temuduga.
  Aku juga dikatakan cikgu marah saya kerana mungkin nada suaraku semasa menjawab segala isu yang dibangkitkan  itu.  Inilah pengalaman benar dengan pegawai kementerian yang menemu dugaku.  Aku pun tak sangka boleh jadi begitu.  Apakah aku seorang yang ego juga?.  Namun begitu aku masih bersyukur kerana berjaya antara calon-calon walaupun pada mulanya penemuduga itu berkata, cikgu ni kursus Matematik, mengapa pohon Bahasa Melayu?.

No comments:

Post a Comment