Wednesday, November 23, 2011

rumah sewaku di Felda Sahabat

 Aku mula tinggal di sini mulai 16 April 2010, ku jejak kaki ke rumah ini rasa-rasa petang pukul 5.30  petang, Jauhnya perjalanannya, pepagi naik kapal terbang 8.20 sampai di Tawau pukul 1130 pagi.
  Perjalanan sejauh 270km membuatkan aku mengantuk.  Terlentok-lentok kepalaku, kekadang walaupun pakai tali pinggang tetapi tersengguk-sengguk hinggakan suamiku yang memandu kereta menahan dengan tangan kirinya agar badanku tak terus terlentok.  Aku tabik kepadanya boleh memandu sejauh itu pergi dan balik.
 Aku singgah di bandar Lahad datu untuk makan dan cari kasut.  Maklumlah kasutku hanya sepasang sahaja.  Puas ku baik bangunan Milimewa , masuk kedai dari satu kedai ke kedai yang lain.  Susahnya hendak cari kedai kasut Bata.  Akhirnya ku beli juga kasut walaupun tidak berapa berkenan,
  Oh, ya anakku tetiba sahaja bertanya kepada ayahnya, "Jauh lagi sampai?. Jawab suamiku , lambat lagi. Kenapa? .Nak buang air besar, katanya.  Kenapa tak beritahu awal-awal?.  Maka kami pun berhenti di Petronas .
  Kemudian kami meneruskan perjalanan.  Perjalanan sarat dengan ladang kelapa sawit, hutan simpan Madai dan kelapa sawit lagi.  Kemudian bandar dan melalui kepala sawit di samping jalan yang berliku-liku dan berlubang-lubang.
 Aku memang terlalu penat sebab kemas rumah di Melaka, singgah di Kuala Lumpur. Malam itu juga terkenang rumah,balik semula.  Agak-agak pukul 12.00 balik semula ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur agak mudah kerana anak buahku anak menghantar aku dahulu.
                               Jalan masuk ke rumahku, Jalan Halia E26B
                                    Pandangan ke jalan hadapan lagi.
                   Pandangan rumah sebelah,  berkembar dua-dua.
                             Pokok kelapa din hadapan rumah sewaku
                                         di belakang rumahku
                   kawasan tanah lapang yang dijadikan padang bola sepak
  Inilah rumah sewaku di felda Sahabat, jauhnya dari Bandar Lahad datu lebih kurang 120 km .  Kalau pergi bandar tengah hari tak sempat nak beli-belah. Perjalanan sahaja 1 1/2 jam .  Kalau nak beli-belah betul-betul kena plan , kalau tidak hampeh.

No comments:

Post a Comment