Wednesday, November 23, 2011

Cabaran hidup di Sabah -( 2)

  Seminggu sahaja aku di sini, berderai air mataku apabila anak keduaku Nur Syarafina kemalangan motosikal.  Nasib baik tak cedera teruk.  Cuma bekas atau parut mencacatkan sedikit tangan dan kulit kakinya.
  Tanggal 26 November 2010 pula ayah mertuaku meninggal dunia.   Arwah juga kemalangan motosikal.  Rumahku menjadi tumpuan dan berkumpulnya saudara-mara sebelah suamiku.  Nasib baik aku ada di rumah.  Kalau tidak sukar juga untuk mengurus hal-hal pengebumian dan sebagainya.  Suamiku balik 2 hari selepas itu.  Maklumlah jauh dan kalau ada kematian memang tak sempat melihat kali terakhir.
  Tanggal 30 Jun 2011pula, pemergian ibu mertuaku.  Memang arwah agak kecewa dan terkilan kerana tidak sempat meminta maaf pada saat akhir kerana bapa mertuaku sesak nafas, panggil ambulans , nafas terhenti sebelum sampai ke hospital.  Ibu mertuaku menyesal agaknya.  Lama juga dia termenung 2 hingga 3 hari semasa tinggal di rumahku cuti bulan November 2010 itu.
   Oleh kerana kami tiada di rumah, urusan pengebumian dijalankan di rumah anak saudara arwah kerana kawasan perkuburan berhampiran.  Kenduri dan tahlil juga diadakan di situ.  Syukur ,alhamdulillah segala-galanya selamat dan kami juga tak sempat melihat wajahnya kali terakhir.  Nasib baik suamiku sempat berjumpa ibunya bulan lima semasa mesyuarat di Port Dickson.
  Jarak Melaka dengan Sabah dipisahkan laut China Selatan memakan belanja yang agak tinggi , sekali terbang , melayang-layang terbang atau koyak duit saku.  Semakin jauh, semakin tebal duit kalau disusun terbang melayang.  Tiada maknanya dapat elaun/bayaran  insentif wilayah  dan elaun perumahan wilayah, kalau tinggal jauh dari bandar dan barang-barang makanan serta kos hidup tinggi.

No comments:

Post a Comment