Sunday, November 13, 2011

Pengalaman Mengajar di Sekolah (Episod 1)

Aku guru Bahasa Melayu.  Sepanjang 27 tahun telah banyak sekolah  aku mengajar dan di beberapa buah  negeri .  Sekolah pertamaku, Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya 2 di Selangor.  Banyak kenangan manis terukir selama hampir lima tahun.  Aku bertugas di situ bermula dari 1.1.1985 hinggalah 30 November 1989. Aku berpindah kerana mengikut suamiku.
  Sekolah keduaku Sek Kebangsaan Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang.  Bermula 1 Disember 1989 hingga 30 November tahun 1990.  Hanya setahun sahaja, aku mohon pindah kerana jauh dari rumah, lebih kurang 18 km.  Kehidupan di sekolah ini agak asing bagiku.
  Kemudian aku mohon pindah lagi , ke Sek. Keb Pinang Tunggal, Pulau Pinang.  Murid-murid di sekolah ini agak lemah maklumlah jauh dari bandar .  Guru-guru di sini agak ngam denganku.  Di sekolah ini , aku dipuji kerana mengajar matematik berbeza dengan guru  lain.  Seorang guru veteran amat terkejut kebolehanku mengajar matematik mengikut kumpulan.  Prestasi UPSR bagi subjek matematik meningkat maklumlah tahun 1991 pada masa itu tidak ada kemudahan internet dan sebagainya.  Aku hanya mengajar 2 tahun sahaja.  Aku mohon pindah lagi. Sekolah keempatku Sekolah Kebangsaan Paya Keladi.


Kemudian , aku memohon pindah lagi kerana mengenangkan hidup di perantauan terlalu lama.  Tambahan pula, aku btelah membina rumah di atas tanah pusaka ayahku.  Sayangnya rumah baru ini disewakan kepada pelajar-pelajar UiTM.  Memandangkan rumah itu tidak dijaga dan sewanya pun tak berbaloi, aku mohon pindah lagi.  Akhirnya tahun 2002 permohonan pindahku berjaya.  Aku ditempatkan di SK Lendu selama 4 bulan.  Oleh kerana lebihan guru, aku ditukarkan ke SK Dato ' Naning.  Di sekolah ini bintangku bersinar.     Aku mengajar selama 8 tahun , dapat Anugerah Cemerlang 2009, memohon guru cemerlang 2010.            Malangnya sekali lagi aku dipukul ombak.  Suamiku ditukarkan ke Sabah.  Aku mohon pindah lagi. Bulan April aku berhijrah ke Sabah, SK Sahabat 4, Lahad Datu.  Setelah 2 tahun , suamiku ditukarkan ke Semenanjung.  Maka bermulah episod baru buatku.  Setelah bertugas di Sabah, dia di Semenanjung, aku Di Sabah  Nasibku baik, turun-naik ke Putrajaya dan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, akhirnya aku pun berpindah ke SK Sungai Sireh Tanjung Karang, Selangor.
       Sekali lagi aku diduga dengan dugaan yabng berat.  Sebelum berpindah ke Selangor aku terlibat dengan kemalangan jalan raya.  Keretaku terbabas dan masuk ke dalam longkang.  Syukur, Alhamdulillah aku terselamat tanpa sebarang luka.  Allah s.w.t masih menyayangiku, masih diberi nafas untuk menikmati kehidupan ini.  Kali ini aku diuji dengan terpaksa memandu 121 km ke sekolah dengan dua hala.  Pepagi lagi aku sudah ke sekolah dengan memandu selaju 100-130 km kekadang terlajak sampai 140km, kelajuan ini sahaja yang berani aku pandu,  mengikut keaadaan yang selamat. Setelah mengajar 2 tahun dari 2012-2013, aku selalu memohon berpindah sekurang-kurangnya dalam daerah Sabak Bernam.  Namun siapalah aku, guru yang cemerlang tetapi tak bersinar cemerlangnya. Permohonanku tidak dipenuhi.  Kemudian aku mengisi dua borang tukar iaitu antara daerah dengan antara negeri.
  Terkejut beruk aku apabila pertukaranku ke Melaka dipenuhi sedangkan aku tidak mendapat sebarang maklumat atau surat atau panggilan telefon.  Akhirnya,  aku bertukar ke SK Masjid Tanah bermula pada 1.1.2014 dan bermulalah perkahwinan Jarak Jarak .PJJ.  Aku di Melaka dan suamiku di Selangor.

No comments:

Post a Comment