Tuesday, November 22, 2011

tragedi Tahun 2000 - SKPK

 Pada tahun 2000, aku mengajar murid-murid tahun 3.  Aku guru kelas, almaklumlah 2 tahun menginap di kelas itu.  Padaku bangunan lama dua tingkat yang menempatkan murid-murid di situ, padaku tidak sesuai.  Banyak kali aku mengutarakan rasa tidak puas hati.
   Pertama, lantainya sudah reput, almaklumlah bangunan kayu, entah berapa usianya aku tak ambil tahu.  Aku memaklumkan perkara ini kepada guru besar dan pentadbir.  Tambahan pula kelas ini banyak burung yang suka hinggap, jadi tahu-tahulah tahinya kan banyak, boleh dikatakan tempat sarang burung merpati.  Kata orang tahinya bahaya, boleh penyebab kanser.
  Kekadang sedang kita mengajar , seekor burung masuk ke dalam bilik darjah, pada masa itu kipas angin berputar, maka terputarlah kepala burung merpati itu.  Apalagi menyembur darah keluar.  Murid-murid tahun 3, tahu menjerit sahaja.  Tambahan pula kalau cuaca panas, kelas itulah yang terhangat.
  Nak jadikan cerita, suatu hari sedang Cikgu  Johari mengajar matematik, tetiba seorang murid perempuan, Siti Marziah terperosok kakinya ke lantai yang reput itu.  Apalagi terjeritlah dia.
  Aku guru kelas buat tak tahu.  Maka Cikgu Johari pun mengeluarkan kenyataan, "Tulah tak percaya Cikgu Kalsom cakap!" .  Kini terpulanglah kepada pentadbir, baru hendak bertindak.  Sejak hari itu, JKR datang dan memeriksa.  Kami pindah kelas lain.  Cuti sekolah lantai tersebut diganti.

gambar hiasan sahaja...burung merpati

No comments:

Post a Comment