Monday, November 21, 2011

Isu 3 - SK Paya Keladi - Markah Prestasi dan APC

  Isu prestasi SKT dan anugerah Perkhidmatan Cemerlang menjadi rebutan.  Di sekolah guru-guru berebut, aku pula merajuk.  Peduli apa aku.  Apa yang penting aku terus mengajar.  GPK 1 pada masa itu mendengar kata-kataku, almaklumlah dia tak pandai buat keputusan. Walaupun baik dengannya, aku tidak pernah mengambil kesempatan dan aku bukan kaki bodek atau kaki ampu.
  Memang golongan guru veteran tidak puas hati dengan guru muda seperti aku.  Apa tidaknya , kami guru muda selalu berkursus di RECSAM , Pulau Pinang.  Kawan baikku , Cikgu Rohaida bt Rahim selalu berkursus denganku.  Pada masa itu sibuk mata pelajaran baru Kajian Tempatan , Sains dan orientasi  kurikulum  Matematik.  Ketiadaanku menyebabkan GPK 1 tidak boleh membuat keputusan.  Menyirap darahku apabila aku dikatakan orang kuat GPK 1.  Ada guru-guru lain pula yang menyucuk dan ada pula yang merayu aga APC diberikan kepadanya kerana dia kelemahan kedudukan ekonominya .
   Pendek cerita, beliau ada memanggilku untuk perbincangan markah prestasi.  Katanya, "Saya nak beri cikgu melintang, tetapi saya hendak dulu".  Apakah maksudnya?'.  Aku sendiri tidak tahu.  Memang tahun 1996 markahku tinggi tetapi kedudukan yang keempat.  Entah bagaimana, akhirnya melintang dapat kepada Cikgu Zainab yang hendak pencen dan aku pula menegak .  Itulah ketentuan Qada' dan Qadar bagiku kerana aku memang bukan kaki ampu dan aku adalah aku.
   Di bilik guru juga isu ini terus menerus hangat diperbincangkan.   Ramai pula penyokongku.  Sebaliknya aku pula mencari kesempatan  untuk terus merebut peluang kalau-kalau ada menyambung belajar secara PPJ - Pendidikan Jarak Jauh.

1 comment:

  1. atas rasa ketidak puas hati, aku akhirnya meelnjutkan pelajaran PJJ sejarah di USM tahun 1998 -2003 dengan perbelanjaan loan bank rakyat RM 27500 elama 10 tahun menjadi RM 42500 . Pada masa itu tidak kira untung rugi yang penting hati puas, menghilangkan diri daripada pandangan sekolah.

    ReplyDelete