Thursday, January 12, 2012

Gara-gara elektrik

  Dalam sejarah hidup semalam 11/1/1202, ketika menghuni rumah guru dua tingkat di SBPI Sabak Bernam, satu kejadian yang mungkin terpahat dalam ingatanku.
  Pada malamnya, memang dah diberi simpton-simpton atau tanda-tanda, lampu berkelip-kelip seakan-akan tak cukup bekalan elektrik.  Kemudian , apabila lampu lain dipasang, lampu ditingkat atas akan padam.   Kipas angin yang dipasang nombor satu lajunya lebih dari tiga.  Ingatkan tak ada apa-apa.
  Jam 6. 00 pagi, tiba-tiba meletup, "PoP" berbunyi dan berbau  hangit.  Rosaklah penyambung/ extension cord.  Suami pula memanggil juru elektrik di sekolah.  Dia memberitahu supaya melihat permasalahan bekalan elektrik .  Aku memberitahunya kipas angin, radio, plug komputer dah rosak mungkin arus elektrik tak dapat dikawal.  Dia pun membaikinya, entah apa yang dibuat, aku pun tak tahu.
   Ingatkan dah elok, malangnya tiba-tiba meletup lebih kuat daripada pagi tadi, TV LED yang  baru suamiku  beli berasap , berbau hangit .  Terkejut aku.  Aku  pun cepat-cepat menutup suis dan cabut plug.  Perasaan takut, cuak dan risau membelenggu diriku.  Apa tidaknya! masih lagi berbau hangit.  Takut berlaku litar pintas.  Gara-gara bekalan elektrik yang tidak dapat dikawal itu, mesin basuh, peti ais, astro, tv,  3 adapter  komputer, kipas angin, radio dan charger handphone lingkup.  Akibatnya  hampir RM3700 terpaksa dibelanjakan untuk membeli tv, peti ais, mesin basuh dan  2 adapter komputer.  Kalau tidak aku mati kutulah nak membaca berita.


  Peristiwa ini sepatutnya memberi pengajaran kepada kita , jika berlaku seperti ini sila tutup semua suis dan cabutkan plug dari suis.  Semoga pembaca dapat pengajaran daripada peristiwa ini.

No comments:

Post a Comment