Friday, January 6, 2012

Rumah Guru di SBPI 2012

  Tahun 2012 adalah permulaan menginap di sini, iaitu pada malam 1/1/2012 sementara menunggu barang-barang kargo sampai ke rumah.  Barang-barang sampai pada 1.00 petang.  Semalam sahaja bermalam kemudian kami balik semula ke rumah sendiri di Melaka.
 Pada 3/1/2012 hingga kini menginap di sini. Kalaulah sekolah yang disebutkan itu telah tetap dan dapat surat penempatan rasmi, bermaksud aku terpaksa memandu sejauh 56km pergi dan 56 km balik.  Mampukah aku hendak memandu atau aku sendiri kehilangan kenyakinan atau aku perlu mengharungi liku-liku hidup sebegini.  Aku sendiri terpaksa gagahkan hati jua jika tiada pilihan.

  Suamiku mula mencari rumah sewa yang berdekatan, kalau perlu lebih baik beli sahaja memandangkan tempoh perkhidmatan yang masih ada sedekad lagi,  tengoklah keadaan.  Buat masa ini tinggallah di sini.
  Tiga hari sudah berlalu,nama sekolahku masih lagi di awang-awangan,tunggulah surat mungkin minggu depan sampailah...mudah-mudahan.
Alhamdulillah.....tidak dipaksa balik ke Sabah semula.

No comments:

Post a Comment