Thursday, January 5, 2012

Kemelut Pindah-2011-2012 (5)

Pada 3 Januari 2012, aku pergi ke JPNS untuk bertanyakan keputusan pertukaran sekolah. Jawapan yang ku terima,  kami baru dapat surat.  Minggu lepas (Tahun lepas 2011) baru dapat surat, tahun 2012 agaknya baru buka surat.
  Tiada pilihan lagi, suamiku sebenarnya memang marah tetapi dia nampak cool sahaja.  Dia sudah membuat surat rayuan terus kepada pengarah pelajaran Selangor dan KSU. Memang kami bernasib baik, kebetulan Timbalan Pengarah ada.  Suamiku terus menceritakan hal sebenar dan menunjukkan surat-surat berkenaan.  Dengan lembutnya dan cepatnya, beliau memanggil KSU dan memohon mencari sekolah yang sewaktu dengan suamiku.  Walaupun dari kata-katanya, guru BM berlebih 51 orang, beliau mencadangkan sekolah yang berdekatan dengan Kuala Selangor di sebelah Utara.  Membuat keputusan bukanlah memakan masa yang lama, perjumpaan sekitar 11.45 hingga 12.00 tengah hari.
   Tepat pukul 12.45 tengah hari, kami mendapat jawapan melalui telefon.  Nama sekolahku , Sekolah Kampung Sungai Sireh.  Dalam perjalanan balik mataku tak terlepas memandang dan suamiku mengira jarak dari SBPI , katanya 56km pergi dan 56 km balik.  Sempat juga dia bertanya kepada Timbalan Pengarah perlukah aku ke sekolah.  Beliau menyatakan tunggu surat dulu. Sehingga kini 5 JANUARI 2012 aku belum mendapat surat.  Aku belum ke sekolah lagi , takut pula surat pertukaranku ke Sabah sedangkan aku ada di Sabak Bernam.  Nanti ku telefon sahaja BSM dan ambil surat tersebut, tunggu pula entah berapa lama untuk membuat surat dan ditandangani oleh KSU , BSM.  Apa-apa pun aku bersyukur tidak dipaksa balik ke Sabah.  Pahit getir yang kulalui di saat penghujung sedekad lagi menamatkan  perkhidmatan akan terukir di sepanjang hayatku.  Sabah ..oh..Oh,Sabah..Putrajaya..oh.,Putrajaya Selangor..Oh...Selangor - siapakah yang bersalah..akukah yang menjadi mangsanya.

1 comment:

  1. terima kasih kepada timbalan pengarah Jabatan pendidikan Selangor yang pada masa itu ku rasakan pernah tengok insan ini, ruap-rupanya beliau adalah guru disiplinku semasa di STAR , Kelang .Selangor. Aku ketahui semasa menyertai seminar keibubapaan LGBT di One Plaza , Kuala Selangor pada 5 NOvember, 2012 yang pada masa itu telah menjadi Pengarah JPNS.

    ReplyDelete