Thursday, January 5, 2012

Kemelut Pindah-2011-2012 (5)

  Sebaik mendapat berita itu , aku terus menelefon suamiku yang berada di Sabak Bernam.  Dia mengajakku terus ke JPNS.  Semasa di kedai, aku berjumpa dengan orang kampung Lendu,  mereka berasa pelik mangapa aku belum balik ke Sabah.  Aku menceritakan perkara sebenar dan ku beritahu mereka aku belum dapat keputusan pindah sekolah, kalau tidak dapat aku terpaksa membuat pilihan cuti tanpa gaji. Adalah seseorang bernama Ibrahim memberikan aku nama    pegawai khas di KPM , katanya boleh membantu.
  Pada 30 Disember , aku dan suamiku ke Putrajaya. Aku  membuat surat rayuan ke KPM selain memohon salinan surat di BSM.  Malangnya semasa ingin berjumpa dengan pegawai tersebut, beliau tidak ada di pejabat,maka kami tinggalkan surat itu .  Suamiku dan aku memang kenal pegawai itu kerana mantan sekolah suamiku dulu, pegawai PPD dan JPN Melaka.
 Setelah mendapat salinan surat dari BSM, kami ke JPNS.  oleh kerana malas nak menceritakan, aku terus menunjukkan surat tersebut.  Petugas itu pandai pula, "Oh,cikgu yang dari Sabah tu?" Kami baru terima surat cikgu.  Masih lagi belum proses, agak-agaknya mereka telah menghafal namakudan mungkin menjadi bualan mereka.  Apa tidaknya berkali-kali telefon bila kita hendak mengetahui nama mereka pandai pula menyorok, alah cikgu telefon sahaja nombor ini.  Dalam hatiku bagaimana  agaknya kerja buat mereka ini.

No comments:

Post a Comment