Wednesday, January 4, 2012

Kemelut Pindah-2011-2012 (2)

  Pada 22 November, 2011, aku pun menelefon Putrajaya, bahagian sekolah harian bertanyakan tentang keputusan borang tukar.  Namun aku gagal mendapat jawapan.  Daripada risikanku, memang borangku salah alamat dan kurang satu borang.  Rupa-rupanya pertukaran guru cemerlang tak sama dengan guru biasa.
  Maka pada 30 November 2011 ku isi lagi borang kedua, suami hubungi pegawai yang bertugas minta percepatkan borang tersebut supaya sampai ke Unit Naik Pangkat , JP Sabah di Kota Kinabalu.
  Pada 7 Disember 2011. Aku pergi ke Putrajaya, kononnya nak mengesan borang etukarku ke Pengurusan sekolah harian.  Aku ingin bertanya keputusan pertukaran tersebut.  Alangkah terkejutku apabila mereka berkata tarikh etukar dah tutup dan rayuan-rayuan pun diproses  pada 14 hingga 19 November 2011.
  Dalam pada berbalas jawab dengan  pengelola itu dan tetiba aku mengungkitkan pertukaran ku dulu seperti ini juga. Beliau mengatakan aku mengugutnya pula. Tiba-tiba  muncul Timbalan Penolong Pengarah yang ingin membantu aku menyelesaikan masalah ini.  Tetapi beliau mengarahkan aku mengisi borang tersebut mengikut negeri Selangor, tidak boleh letak Daerah Sabak Bernam.  Pening aku dibuatnya. Dalam pada itu aku pun menunjukkan surat guru cemerlang, beliau dengan cepat menyuruh aku pergi ke Bahagian Sumber Manusia , unit naik pangkat.
  Susahnya nak bertukar kali ini, berbagai-bagai rintangan dan pegawai atau kerani aku telefon.
 Kemudian aku ke BSM , E12 tkt 4 unit naik pangkat.  Aku menceritakan perkara tersebut.  Dengan selambanya dia menjawab ,"Oh, ikut pertukaran pasangan, tidak susah".  Aku pun bertanya tentang borang keduaku, memang mereka tidak terima.  Maka aku memberikan kedua-dua salinan borang yang telah ku isi, dia pun membuat salinan tersebut.  Dia berjanji akan menelefon Jabatan Pelajaran Sabah untuk mendapatkan  pelepasan .

No comments:

Post a Comment