Wednesday, January 4, 2012

Kemelut Pindah 2 tahun 2011-2012 (bhgn 1)

 Selama mengajar 27 tahun, ini kali keenam aku mengisi borang pertukaran pada tanggal 21 Oktober 2011.  Aku mengajar di sebuah sekolah di hujung dunia di Sabah.  Pertukaran ini telah ku lalui dengan pelbagai kemelut, tidak seperti pertukaran yang lain.
  Pertukaran ini merupakan sekolah yang ke-8 pada penghujung sedekad hendak pencen.  Kalau dikira prosesnya memakan masa 2 tahun.  Bermula dengan borang eTukar pertama yang ku isi tanpa iringan surat sekolah atau majikan. Kali pertama hantar borang pada 24Oktober 2011. Hanya disebabkan surat itu dan surat memohon membawa balik kenderaan ke Semenanjung , aku terpaksa memandu sejauh 120 km pergi dari Felda Sahabat ke PPD Lahad Datu dan 104 km balik. Mengapa? Tentu pembaca tertanya-tanya.  Sebabnya, aku kemalangan ketika 16km lagi sampai ke rumah.
  Aku tidak tahu di mana silapku.  Mungkin kepalaku  berserabut dengan pelbagai masalah dan gesaan , ditambah dengan ketidakberanian mengharungi perjalanan yang begitu jauh,  Tetapi yang kupasti, aku keletihan, tidak cukup rehat dan yang pasti itulah kehendak Allah, Dia juga yang Maha mengetahuinya.  Peristiwa ini tidak akan ku lupakan sepanjang hayatku, berlaku pada jam 11.30 pagi , 25 Oktober  2011, 2 km lagi ke bandar Cenderawasih.  Peristiwa ini mengingatkan aku agar menghadapi sesuatu dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.  Mungkin peristiwa ini mendekatkan aku kepada-Nya selain mencuci dosa-dosa.

No comments:

Post a Comment