Thursday, January 5, 2012

Kemelut Pindah-2011-2012 (4)

 Pada 12 Disember aku telefon JP Sabah menanyakan tentang surat pelepasan .  Katanya Timbalan pengarah ada hari Selasa 13 Disember dan akan difakskan kepada Pn Rozianna Wati Binti Romli, BSM.
  Pada 22 Disember pula akan telefon BSM, oleh kerana sibuk dan pegawai menanda tangani SBPA, maka petangnya ku telefon lagi.  Katanya surat baru dapat, puan telefon terus ke JPN Selangor. pada 29 atau 30 Disember.  Dalam pada itu, suamiku ada juga  ke JPNSelangor bertanya tentang surat dan memohon kerjasama pegawai di unit naik pangkat dan KSU .  Mereka menyatakan tidak menerima sebarang surat permohonan. Aku semakin pelik bagaimana perkara begini boleh terjadi. Khabar angin kuterima mereka menyatakan tiada kekosongan guru BM di sabak Bernam malahan  terlebih 90 orang, kekosongan di SRJK (C ).  Aku semakin kecewa.
  Pada pagi 29 Disember aku pun telefon ke JPN Selangor mengenai keputusan etukarku.  Dari jam 9.30 hingga pukul 10.15 pagi , talian telefon asyik engaged sahaja.
Kemudian dapatlah juga bercakap tetapi pegawai tidak ada, katanya telefon selepas pukul 4 petang kerana pegawai ada taklimat SBPA.  Maka kutunggu lagi.  Seharian tidak menjadi kerja, tugasku memasak dan ke kedai.
Tepat pukul 4.15 petang ,aku menelefon lagi.  Ku tanya lagi mengenai borang etukarku. Mereka asyik menyuruhku telefon talian sekian ke sekian.  Aku semakin sakit hati apabila ada  yang  menjawab secara kasar.  Mereka ingat kita ini main-main kot.  Ku lepaskan marahku, kerana mereka "passed" telefon dari satu talian ke satu talian.
  Dalam pada aku membebel itu mereka terus letakkan telefon itu.  Petang itu juga aku menelefon Putrajaya meminta surat salinan kebenaran ke JPN Selangor. Aku lagi terkejut beruk apabila mereka menyatakan surat baru diambil oleh PAR JPN Selangor.

No comments:

Post a Comment