Monday, January 9, 2012

SBPISB- penginapan 2012

   Rumah dua tingkat pernah menjadi idamanku.  Akukah yang sering merasai tidak berpuas hati? Mengapa?.  Dulu , aku mengimpikan rumah dua tingkat di tepi jalan dan berberanda di tingkat atas agar aku dapat menikmati pemandangan dari atas yang ku rasa skop penglihatan lebih luas.
  Kini, aku menginap di rumah guru dua tingkat tetapi aku berasa agak rumit kerana apabila berada di tingkat bawah terpaksa naik ke tingkat atas untuk keperluan diri seperti sembahyang, tidur dan sebagainya.  Tingkat bawah , ruang tamu, dapur, sebuah bilik dan sebuah setor.  Rumah dua tingkat ini luas, rasa-rasa tak berbaloi kalau kami bertiga sahaja menginapnya sedangkan dua orang anakku belajar di UitM.  Serba salah juga apabila kita berumah besar .  Nasib baiklah aku membina rumah sendiri setingkat setengah, sebabnya hanya bilik atas untuk ruang bacaan.
  Rumah guru yang kuhuni ini ada 4 bilik , satu stor atau kecemasan bilik kecil bujang, 3 bilik air.  Dari segi perabot, ada sofa, kusyen kayu, almari pakaian, meja makan, katil dan tilam bagi setiap bilik dan kabinet dapur.  Sekiranya mana -mana guru yang menetap di sini  ini tidak perlulah membawa perabot kecuali peti ais dan mesin basuh serta keperluan persendirian.  Agak selesa tinggal di sini kerana keselamatan terjamin dan dalam komuniti  yang baik.  Keadaan di sini aman di kelilingi  keindahan alam semula jadi : kehijauan pokok kelapa sawit, pokok pisang dan pokok kelapa, selain pokok hutan bakau .
  Di hadapan sekolah ini terdapat parit yang besar di mana kudapati ada yang memancing ikan.  Ada kemudahan lain seperti politeknik dan mungkin ada kawasan rekreasi kerana aku melihat ada bas pelancongan yang menuju ke sini tetapi aku tak berapa pasti.
 Oleh cermin tingkapnya terlalu terang dan tranparensi, tidak seperti rumahku sendiri , maka langsir menjadi masalah kepadaku.  Untuk menjahit langsir, mesin jahit tepi dan mesin jahit ada tetapi semuanya dalam kotak .  Masalah utama tiang benang jahit tepi entah ke mana gerangan letaknya.  Ingat-ingat sebelum ke sekolah di saat guru lain mengajar , aku masih di rumah menunggu surat bolehlah aku menjahit , tergendala juga kerjaku.
                                Ruang tamu yang luas, sofa dan kusyen
                  Tingkap 3 daun, 4 daun  banyak menggunakan langsir
Sliding door 4 daun
                                          Tangga menuju ke tingkat atas
                                           Master bedroom yang luas
                                            Bilik pertama di tingkat atas
                           Bilik kedua menghadap ladang kelapa sawit
                                    Pandangan  dalam kawasan sekolah
                                       Pandangan dari bilik atas
                                  Rumah-rumah guru dan kuarters guru
     Cuaca agak panas di sini  mungkin di tepi laut.  Malam pun panas.  Kediaman ini 19 km jauhnya dari jalan Sungai Besar dan penghujung kampung.  Inilah kediamanku yang kelima buat masa ini.

No comments:

Post a Comment