Kisah ini berlaku pada tahun 1977 di mana salah seorang saudara sebelah ayahku menawarkan bantuan bayaran yuran Sijil Pelajaran Malaysia kepada kakakku. Dia telah membayar sebanyak RM105 untuk membolehkan kakakku mengambil peperiksaan pada tahun itu.
Pada masa yang sama, dia telah meminjam acuan kuih bahulu peninggalan ayahku ini. Kemudian kami pun meminta semula acuan ini. Mungkin pada masa itu dia sibuk dan sudah terlupa. Katanya tidak ada.
Entah macam mana agaknya pada tahun 2012 ini, dia telah mengemaskan rumahnya dan terjumpa acuan kuih bahulu tembaga ini. Dia pun memulangkan kepadaku. Sesungguhnya kita tidak boleh menyimpan hak orang lain. Kesimpulan daripada cerita ini , walaupun aku telah lama berpindah -randah dari tinggal di Sungai Udang Melaka, kemudian ke Terengganu, Selangor , Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan kini di Sabak Bernam, namun kalau telah ditakdirkan barang itu kepunyaan kita , tetap akan kembali kepada kita. Hendak tahu berapa tahun disimpannya acuan kuih bahulu itu, kalau dikira dari umur kakakku 17 tahun hingga 52 tahun ialah 35 tahun. kalau ada jadi seperti dia, adakah anda masih mahu memulangkannya? Tanyalah kepada hati anda!
Acuan kuih bahulu tembaga ini terdiri 8 bentukacuan rama-rama, ikan, bahulu cermai, udang dan seperti dalam gambar di atas.
No comments:
Post a Comment