Pada 31/1/2013 aku menghadiri majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Munshi Abdullah. Kehadiran tetamu VIP yang lambat menyebabkan majlis berjalan lambat. Kehadiran VIP dan ada persembahan pelajar menyebabkan majlis mesyuarat sehingga pukul 6.30 petang masih belum tamat, jadi aku pun meninggalkan majlis tersebut.
Aku amat kasihan kepada pihak sekolah kerana dalam mesyuarat tersebut , apa-apa usul yang membawa kepada pembaharuan dan cadangan yang baik dipertikaikan oleh ibu bapa. Handak sahaja aku bangun dan menjawab persoalan tersebut, takut juga aku orang luar melanggar budaya mereka.
Usul berkenaan bayaran kelas tambahan setahun RM60 pun dipertikaikan kerana mereka mempertikaikan adakah 100% berjaya melonjakkan prestasi sekolah dan cara pihak sekolah menahan murid daripada balik ke rumah untuk menghadiri kelas tambahan. Mereka ibu bapa sepatutnya bersyukur pihak sekolah menyediakan kemudahan , makanan (mungkin bayar sedikit) dan mengajar anak mereka untuk menjadi pandai. Mereka sepatutnya bersyukur mungkin kalau anak hadir ke sekolah dapat mengelakkan anaknya daripada gejala yang tidak sihat .
Pelik, mungkin mereka tak pernah keluar daripada kepompong asyik duk nak mengungkit percuma, nak bayar RM3 pun dipertikaikaikan untuk memotong pelajar yang rambut panjang , semua mesti bersurat . Kalau aku senang sahaja, dah potong kena bayar .
Ayuh, bangsaku berubahlah dan hulurkanlah wang untuk pendidikan anak-anak, zaman sekarang banyak yang dah berubah. Janganlah berharap sangat bantuan semata-mata seperti kata YB Nooriah semakin dibantu semakin banyak pula miskin. Matlamat kerajaan membantu untuk membasmi kemiskinan tetapi sebaliknya dari data banyak lagi yang miskin. Aku berharap masyarakat dan bangsaku bangunlah melihat transfomasi keadaan di sekeliling, pendatang asing berlumba-lumba menggalidan mendapatkan kekayaan negara kita sedangkan kita kurang usaha mungkin kerana kemudahan yang terlonggok di depan mata. Janganlah kita nanti jadi seperti itik mati kelemasan di dalam air.
Satu pembaharuan yang belum aku jumpai dalam mesyuarat ini ialah penghargaan kepada ibu bapa bagi murid cemerlang akademik dan kokurikulum. Ibu bapa meraikan sama kejayaan anak-anak, semoga perkara ini menjadi ikon kepada pelajar dan ibu bapa yang lain.
No comments:
Post a Comment