Pada 21/2/2013 menghadiri taklimat keselamatan dan pemakanan sihat di SMK Kuala Selangor. Taklimat ini dihadiri oleh guru sekolah rendah dan menengah. Aku tak pasti berapa orang yang menghadirinya, namun yang penting kehadiran taklimat ini mengkehendaki guru Kantin membuat penilaian kendiri terhadap keselamatan dan pemakanan sihat di sekolah.
Memang baik untuk diterapkan pemakanan yang sihat terhadap murid/pelajar di sekolah tetapi setakat mana keberkesanannya. Di sekolah, kita nasihatkan jangan mengambil makanan yang mengandungi banyak gula, snak dan air bergas/berkarbonat. Bagaimana pula di rumah atau di luar waktu persekolahan. Kalau nak diikutkan penjual /pengusaha akan tutup kantin kerana yang boleh dijual air mineral, perasa original dan makanan segar ,manakala makanan yang telah dimasak tidak boleh dijual jika tidak melebihi 4 jam, ditakuti keracunan makanan.
Taklimat ini memerlukan guru kantin membuat penilaian kendiri terhadap kantin seminggu sekali akan menambah beban guru kerana selain guru kantin, guru akan bertugas semasa RMT, pemberian vitamin dan susu 1 Malaysia . Kantin juga perlulah diceriakan dan akan dinilai oleh pegawai pemakanan di Kuala Selangor. Aduhai! kekadang tak sanggup dibebani kerja-kerja begini kerana pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi sampingan pula, pada hal ia adalah cobusiness.
No comments:
Post a Comment