Bidang/profesion perguruan zaman sekarang amat berbeza dengan sekarang. Pernagajaran dan pembelajaran bukan lagi menjadi tonggak utama . Banyak kerja lain yang ditokok tambah sehingga guru-guru terbeban dengan kerja-kerja perkeranian dan lain-lain bidang yang saling bergayut di bahu guru.
Menangani isu-isu semasa yang berkait rapat dengan kehidupan seperti keselamatan jalan raya, Rancangan Makanan Tambahan, Susu 1 Malaysia, Bantuan persekolahan 1 Malaysia, Keselamatan dan pemakanan sihat, 1 Murid 1 sukan dan segala macam rancangan yang terbeban menambah berat tanggungjawab guru sehingga tekanan dan beban tersebut mengakibatkan ramai guru yang stress, murung atau sakit mental.
Tambahan pula sikap ibu bapa yang memuakan anak menyebabkan hilangnya rasa hormat murid kepada guru. Murid-murid tidak lagi menjadikan sekolah dan guru sebagai institusi yang mulia iaitu tempat menimba ilmu,
Aku tidak tahu mengapa keadaan begini berlaku? Adakah dunia semakin maju, maka semakin menjadi-jadi perangai dan kelakuan murid atau pelajar kini. Memang tidak dapat dinafikan sesetengah mereka berbudi perkerti mulia tetapi sikap ini semakin berkurangan.
No comments:
Post a Comment