Percutian Tahun Baru Cina, aku mengambil kesempatan mengikuti rombongan SKSS ke Terengganu dan Kelantan. Kami bertolak dari SKSS pada malam Isnin pukul11.00 malam pada 10 /2/2013 dan sampai di Pasar Marang pada pukul 8.00 pagi. Melewati bandar Kuala Terengganu mengingatkan aku peristiwa 28 tahun yang lalu kerana aku pernah mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit pada tahun 1982 -1984. Tidak banyak berbeza, cuma banyak bangunan yang didirikan dan pusat beli -belah.
Singgah di Pasar Payang buat kali kedua selepas tamat latihan perguruan. Tahun 2008, aku pergi dengan keluarga. Kami singgah di Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pasar Payang dan Kampung Losong. Maktabku juga dah banyak berubah. Ku susuri pantai Mengabang Teliput, kehidupan nelayan yang tidak banyak berubah cuma banyak gerai makan .
Kalau pergi ke Pasar Payang masih seperti dahulu, cuma ramai pengunjung sempena cuti sekolah. Sistem perniagaan masih lama, tidak ada master atau kad kredit, semuanya secara tunai. Mungkin juga kerana takut terlibat dengan riba kerana melibatkan bank.
Kami singgah juga ke Arfah Batik. Perniagaannya semakin berkembang kerana kini tersergam bangunan yang indah dan unik dengan ukiran dan bilik-bilik pameran serta demonstrasi mencanting batik, kristal dan menenun batik.
Kemudian kami singgah di Pantai Batu Buruk untuk makan tengah hari dan berehat sambil santai menaiki kereta kuda dengan bayaran RM5 seorang.
Kami sembahyang di Masjid Kristal di tepi laut yang dikenali sebagai masjid terapung , berdekatan dengan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.
No comments:
Post a Comment