2013 tahun kedua murid-murid dan pelajar dapat bantuan persekolahan RM100. Adakah kesemua wang itu benar-benar dimanfaatkan untuk persekolahan?
Ketika aku di Felda Sahabat , SK Sahabat 4, Sabah, aku ditanya oleh seorang penjaga, " Cikgu bila nak dapat RM100 ni, tahun ni hasil kelapa sawit berkurang? Terkejut aku ditanyakan dengan soalan itu. Mengapa? Kerana aku sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu mengajar anaknya terlalu kerap tidah hadir. Boleh dikira kehadiran setahun 23 hari. Bagaimana agaknya perasaan anda jika kehadiran anak tidak diutamakan, kalau bab duit tak segan pula ."
Tahun ini 2013 sekali lagi terkejut beruk aku. Apa tidaknya, kehadiran anaknya 5/28 hari. Hadir sekolah hanya 5 hari, tetapi apabila bantuan persekolahan diberi tetiba muncullah sipenjaga mengambil wang RM100 . Sempat juga aku meminta agar si ibu menyuruh anak hadir ke sekolah.
Hai, dalam dunia ini macam-macam, semuanya hendak tetapi tidak mahu menjadikan pelajaran /ilmu itu sebagai tuntutan hidup. Sebagai anak kecil haruslah ibu bapa memastikan anak mereka menuntut ilmu seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w,"tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China". Wahai, anak-anak belajarlah semasa muda agar tidak ketinggalan kerana ilmu itu adalah penyuluh hidup!.
No comments:
Post a Comment