Sabtu, 9/2/2013 tiba ke sekolah pada pukul 12.15 untuk mengisi wang bantuan persekolahan Murid 4 Jaya . Semua guru kelas sibuk mengisi wang tersebut, kami stepplekan ke sampul surat agar kelak tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.
SKSS membuat 2 acara serentak iaitu mesyuarat Agung PIBG dan penyampaian wang tersebut dan dirasmikan oleh YB Hj Datuk Noh bin Hj Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Majlis penyampaian kupon dilakukan oleh guru kelas kepada setiap ibu/bapa/penjaga di Kelas 4 Jaya. Maka ramailah ibu bapa yang datang tambahan pula sekolah kami bergabung dengan Sekolah Kebangsaan Segambut. Puaslah kami menunggu dari pukul 2.15 hinggalah pukul 5.00 petang.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 bermula pukul 3.00 petang dan berakhir pukul 5.00 petang. Pukul 5.15 petang barulah ketibaan YB Datuk Hj Noh bin Hj Omar berserta tetamu kehormatyang lain. Aku pula asyik melihat jam di tangan, almaklumlah rumahku jauh, kalau menunggu majlis penyerahan bantuan persekolahan RM100 itu, bila agaknya majlis itu tamat.
Tanpa melengahkan masa , aku pun beredar dan sampai di rumah pukul 6.15 petang.
Ibu bapa atau penjaga dapat wang RM100, guru pula dibebani kerja mencatat nama murid, penjaga , mengisi wang dalam sampul serta menjaga kaunter penyerahan kupon manakala sekolah pula terpaksa membiayai perbelanjaan jamuan untuk ibu bapa dan tetamu kehormat. Bayangkanlah kalau sekolah itu kecil dan tidak ada wang, mana nak cari duit....? hehehe... bersyukur ibu bapa yang mendapat wang RM100. Doakanlah agar negara kita aman , maju dan makmur sepanjang masa.
Ada juga yang berfikiran sempit, tak mahu duit itu , kononnya duit UMNO, yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan tu apa namanya...? Dah diberi, dipersoalkan kalau tak beri merungut, apalah dibuat salah tak buat pun salah!.
No comments:
Post a Comment