Semua guru yang berkhidmat dengan kerajaan mesti mempunyai rekod perkhidmatan atau RS (Record Service) atau nama baru 'Buku Kenyataan Perkhidmatan'. Begitu juga aku seorang guru yang telah berkhidmat selama 28 tahun. Sepanjang perkhidmatan suka duka ku lalui. Sepatutnya buku rekod perkhidmatan ini akan mengikut pergerakan atau pertukaran guru. Buku rekod ini dahulu dipegang dan disimpan di Jabatan Pelajaran Negeri tetapi sekarang Pejabat Pelajaran Daerah yang menyimpan dan merekodkan pergerakan gaji, cuti dan hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan.
Pertukaranku dahulu dari Selangor 1989 telah menyebabkan aku tidak dibayar gaji selama 9 bulan gara-gara buku ini. Entah mengapa kerani Jabatan Pelajaran Selangor tidur agaknya. Ketiadaan gaji menyebabkan kemudahanku tersekat tetapi tak mengapalah sebab sekolahku dekat dan perbelanjaan tidak melibatkan kewangan yang besar. Namun kesukaran itu kulalui dengan kesabaran.
Kemudian pertukaranku dari Melaka ke Sabah, kerani PPD pula menyimpan sehingga setahun aku berada di sana. Suamiku sendiri membawa buku itu. Petugas tersebut meminta maaf kepadaku kerana dia hanya menjaga tidak mencatat .
Kini pertukaran ku dari Sabah, kerani PPD pula yang tidur, asyik dapat yang tidak amanah sahaja. Disebabkan buku ini kenaikan gajiku tahun 2013 tidak naik, Sebarang perubahan dalam perkhidmatanku tidak dicatat. Kecewanya aku.
Walaupun telah 2 tahun memangku DG 44, gaji masih di takuk lama sehingga Januari 2013. Entah siapa harus dipersalahkan. Aku berharap petugas yang menjaga buku rekod ini bekerjalah dengan berhemah tanpa perlu 'dijolok' ditelefon atau diarah seperti budak mentah. Berkenaan dengan gaji telah 3 kali aku berulang-alik ke PPD . Jumpa CC ketua kerani dan orang yang bertanggungjawab. Kalau dicungkil tentu semua tak mengaku salah siapa : umpama lagu 'Bangau , Oh, Bangau'. Tetapi aku mesti redha apa yang berlaku mungkin ada hikmah-Nya disebalik kejadian ini.........wallah'ualam bissawab.
No comments:
Post a Comment