Murid sekarang berbeza dengan murid dahulu. Mengapa? Peristiwa ini menyebabkan aku terkedu. Seperti tahun lalu, aku mengajar 2 kelas murid tahun empat. 28 orang murd sederhana dan 25 orang murid dalam kategori kelas hujung.
Oleh kerana tidak berpuas hati terhadap tulisan mereka, maka aku rendahkan tahap pengajaran kerana mahu mereka menulis dengan teknik menulis yang betul dan mengenali huruf abjad dengan betul , fokusnya huruf besar dan huruf kecil.
Dalam pada memeriksa kertas latihan yang diberikan itu, terkejut aku apabila ternampak " Kalsom Bodoh!!! ".
Aku pun bersemuka dengan murid tersebut. Aku pasti bukan dia yang menulisnya. Daripada bentuk tulisan itu , aku pasti tulisan itu tulisan orang dewasa, sama ada abang, ibu atau ayahnya. Aku terus mendesaknya agar memberitahu hal sebenar. telah dua kali dia memberitahu abangnya yang menulis. Dengan marahnya , aku katakan, kalau cikgu bodoh, abang kamu itu 2 kali lebih bodoh. Mengapa dia pula boleh berkata begitu, bukan dia yang menulis huruf abjad itu. Mungkin dalam hatinya latihan itu sesuai untuk murid tahun satu. Aku sebenarnya hendak melatih murid menulis dengan tulisan yang cantik dan teknik menulis dengan betul.
Aku berbuat begitu kerana sesetengah muridku menulis dengan cara atau teknik yang salah tambahan pula ada sesetengah pula suka menulis rapat-rapat di antara satu perkataan dengan perkataaan dan tulisan terlalu kecil , kesilapan b dan d , huruf y , serta kesilapan membezakan huruf besar dan huruf kecil. Berdasarkan tulisan mereka yang tidak memuaskan hatiku itulah , maka aku meminta mereka menyalin semula huruf abjad dan ayat mengikut buku garis 3 . Maka siapakah yang bodoh aku atau muridku?........... terpulanglah kepada kebijaksanaan guru untuk memulihkan tulisan murid dan berharap agar latih tubi tulisan tersebut memberi manfaat kepada mereka.
No comments:
Post a Comment