Khamis 7/3/2013 semasa mengajar karangan, terkejut aku dengan seorang muridku ini. Sudah 4-5 kali aku mengajar karangan. Tetiba aku suruh mereka murid tahun 4 Jaya menulis karanganyang bertajuk, "Aku Sebiji Bola", tiba-tiba seorang murid bertanya,"cikgu, apa itu karangan?". Sabar sahajalah.
Kekadang naik angin juga dengan muridku ini, sudahlah kurang pandai tetapi mulut ringan sangat. Asyik bercakap dan kurang fokus semasa aku mengajar . Ku perhatikan begitu juga sikap mereka dengan guru-guru lain. Kesimpulannya selama dua bulan seminggu ini bersama mereka, boleh ku katakan mereka kategori pemulihan dan teramat kurang rajin . Mengapa aku berkata demikian kerana hampir semua kerja yang aku berikan tidak dibuatnya. kerja semalam sambung hari ini, kerja hari ini bila pula nak disiapkan, akhirnya semua perancangan pengajaran tertangguh.
Aku baru nak perkenalkan buku karangan ini, lain pula dipersoalkannya," Cikgu, itukan bukankah buku untuk UPSR?". "Yalah kamu akan menghadapi UPSR tahun 6 nanti ", jawabku. Susah betul nak fahamkan mereka. Nasib akulah dapat murid seperti ini.
Disuruh beli buku-buku contoh karangan agar mereka boleh baca dan dapat idea supaya mudah untuk menulis karangan. Kalau susah sangat tiru sahaja cuma ubah format karangan.
No comments:
Post a Comment