Papan kenyataan telah pun dibeli dan dipasangkan di kelasku. Tetapi papan itu masih kosong lagi sekosong hatiku untuk menghias kelas. Bukan tak mahu tetapi kesibukan membuat soalan dan mesyuarat RMT dan Kantin, tambahan pula sibuk menyiapkan fail borang pemantauan kendiri kantin sekolah.
Malam semalam 8/3/2013 sibuk buat label sudut pembelajaran untuk papan kenyataan. Tengoklah sibuknya aku ini! Kekadang rasa malas pula kerana setiap kali tukar sekolah , setiap kali buat ABM/BBM baru. Banyak kos pula yang perlu kubiayai sendiri.
Buat sampah dan terpaksa mengemas lagi, esok pula nak melekatkan di papan kenyataan dan terpaksa fikir bahan p & p yang hendak dilekatkan pula. Fikir dan cari lagi.......!
No comments:
Post a Comment