Kekadang mati akal dibuatnya. Sudahlah tidak berapa pandai, banyak mulut ditambah tidak berapa rajin. Banyak kerja bertulis tidak disiapkan. Memang perangai tak berubah, susahnya. Kerja semalam buat hari ini, kerja hari ini bila pula nak disiapkan, jadi p & p ku selalu tertangguh.
Penggunaan pelbagai kaedah untuk menarik minat mereka bukanlah mudah. Selain meminta mereka menyalin jawapan kerja-kerja latihan, aku juga gunakan LCD projektor dan CD Rom Bahasa Melayu Tahun 4 . Perisian interaktif menarik minat mereka. Tetapi jangan terkejut, mereka ni suka menayangkan tangan-tangan di hadapan layar LCD. Menyirap darah juga tetapi apabila mengenangkan mereka ini ,apa nak kata mereka ini kurang pandai, tak apalah daripada mereka kurang fokus, biarlah.
Lihatlah semoga dengan pelbagai kaedah yang ku gunakan dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran dan dapat mengubah sikap mereka sedikit demi sedikit.
Laptop, pembesar suara, pemain cakera/ CD, LCD projektor adalah hak milik sendiri. Hanya layar atau skrin sahaja hak milik sekolah.
Kalau macam ini kan bagusnya!
Minatnya mereka dengan soalan interaktif -soalan dengan animasinya serta bunyi.
Wajah kelasku tahun 2013....penatnya nak menghias kelas sedangkan biaya sendiri tanggung. Aku tak tahu berapa kosnya...sebab beli peralatan sedikit demi sedikit. Nampak macam senang, tetapi memakan masa untuk menghias kelas seperti mengecat, memasang langsir dan menampal bahan-bahan pembelajaran , "melaminate" dan melekatkan huruf-huruf bagi kata-kata motivasi.
No comments:
Post a Comment