Selain bersemut, dah dispray ubat semut di sekeliling rumah, kini dedaun pula mengganggu . Sudahlah jiran sebelah rumahku membuang sampah pokok ubinya di kebunku, sakit mataku. Namun apa dayaku! Pak Imam gelarannya!, mahu ku maki sumpah seranah, namun orang kampung katakan. Simpan sahaja kemarahanku, semoga Allah membalasnya.
Pagi tadi menyapu daun kering halaman di sebelah kanan rumahku, petang ni halaman di sebelah kiri pula. Dedaun pokok jambu dan pokok kelapa dah banyak yang kering dan bertaburan. Sedang aku menyapu pula , hujan hendak turun. Sempat menarik pelepah kelapa kering dan membakarnya manakala dedaun jambu menyapu sebahagian sahaja. Hujan dah turun. Terpaksalah berhenti. Kira-kira bertangaslah aku hari ini, menyimbah peluh dek menyapu daun dan bertangas terkena bahang api yang membakar daun.
menyapu dedaun kering pokok mangga sebelah pagi dan membakarnya
sebelah petang pula halaman di sebelah kiri rumahku, jambu madu ini manis buahnya sayang sekali suka diserang ulat.
hujan dah turun terpaksa berhenti.
No comments:
Post a Comment