Kini di kampung Sungai Sireh , Tanjung Karang Selangor, kaum perempuan rewang mengupas dan kemudian menghiris nanas, timun, bawang untuk dibuat acar mentah. Pada pukul 2.30 petang ramai ibu bapa yang hadir.
Kerja-kerja memotong daigng lembu untuk dimasak kari, tulang lembu untuk dibuat sup dan malamnya pula menghiris perut lembu untuk dibuat kerabu. Walaupun hanya membantu dari pukul 2.30 petang hingga pukul 4.50 petang, aku rasa aku perlu meninggalkan majlis ini kerana aku tak larat dari pukul 6.20 pagi bertolak dari Sabak Bernam hingga ke sekolah pada pukul 4.50 petang, apalagi untuk menunggu majlis kenduri pada sebelah malamnya sedangkan esok aku perlu ke sekolah lagi.
Majlis kenduri kesyukuran ini disambut dengan tumbangnya seekor lembu khas untuk warga SK Sungai Sireh dan semua penjaga SK Sungai Sireh. kerana bersyukur atas peningkatan prestasi UPSR tahun 2012 dan mendapat baiah. Walaupun aku tidak menghadiri majlis bacaan Yasin, Solat Hajat dan ceramah motivasi bagi murid tahun 5 dan 6, namun ku doakan agar semuanya berjalan dengan jayanya.
Cukuplah sekadar itu yang termampu aku lakukan kerana pada esoknya 16/3/2013 adalah sekolah ganti. Sebaik balik ke rumah, terpaksalah masak juga kerana sang suami ke dapur mencari makanan . Walaupun keletihan aku masak juga, ikan cencaru masak kicap dan ikan siakap dibuat sambal dan timun sebagai ulam di samping tempoyak dimakan dengan cili api.
Berbagai juadah disediakan sementara menunggu makan malam. Bukan semua amalam gotong-royong atau rewang ini masih diamalkan kecuali di kampung-kampung atau di taman yang kebanyakannya penghuni masyarakat Melayu.
No comments:
Post a Comment