Sempena Perkhemahan Pengakap Derah Kuala Selangor, badan kebajikan SKSS telah mengadakan jualan bagi menambah tabung kebajikan. Pada hari Sabtu 2/3/2013, aku bertugas pada mulai jam 4.00 -7.00 malam. Jualan diadakan berdekatan dengan Kelas Prasekolah.
Jualan secara kecil-kecilan air oren, air asam boi, keropok lekor, jambu batu dan kacang rebus. Ramai juga pembelinya, terutama keropok lekor. Jualannya laris dan air asam boi adalah lebih sedikit, tidak laku. Tepat pukul 6.00 petang, aku meninggalkan jualan tersebut dan beralih bertugas meyendukkan budak-budak pengakap yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah yang berjumlah 300 orang yang menyertai perkhemahan tersebut.
Murid sekolah rendah mudah sahaja. Yang peliknya dalam menyendukkan makanan untuk makan malam , ramai yang tidak suka makan sayur. Menu pada malam ini ialah ayam masak kicap, kangkung goreng dan taugeh campur kubis goreng serta air sirap. Tepat pukul 7.20 malam, aku pun beredar untuk pulang. Aku Singgah sebentar di Petronas Sungai Besar untuk sembahyang maghrib, kemudian meneruskan perjalanan sampai ke rumah pada pukul 8.40 malam.
Semasa dalam perjalanan ke sekolah pukul 3.40 petang terserempak dengan kemalangan dan dalam perjalanan balik pun ada kemalangan. Aku memandu kereta anakku dengan berhemah kerana agak kekok juga dan menjajau mencari pendingin hawa dan kekadang tersilap signal yang biasanya di sebelah kanan , kini di sebelah kiri. Syukurlah ......selesai satu episod.
No comments:
Post a Comment