Berdasarkan pemerhatian dan cara menulis murid-murid tahun 4 Tekun dan 4 Jaya, kudapati tulisan mereka agak kurang kemas, comot dan kadang- kala bersambung antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain. Pening kepala memikirkan tulisan mereka tambahan pula tulisan yang terlalu kecil dan sukar untuk dibaca.
Untuk mengatasi masalah ini ku paksa semua murid menulis semula huruf abjad besar dan kecil kerana hampir kesemuanya tidak tahu membezakan huruf kecil dan huruf besar. Aku tidak tahu di mana silapnya. Mungkin mereka selalu menulis di dalam lembaran kerja yang tidak ada garis. Oleh itu kebanyakan huruf j, y, g kebanyakannya tergantung (atas garisan) manakala huruf b dan b terbalik dan kesalahan ejaan semakin ketara ditambah lagi dengan imbuhan "MeN".
Mengapa sukarnya hendak mengajar Bahasa Melayu kepada murid Melayu? Semuanya terjawab kerana mereka anggap Bahasa Melayu itu mudah dan bahasa ibunda mereka sedangkan bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar.
Dengan sebab itu, aku sebagai guru BM berpatah balik mengajar teknik menulis huruf. Kudapati ada yang menulis dari bawah ke atas dan menulis dari kanan ke kiri serta cara murid memegang pensel. Aku dah sediakan huruf Aa dengan ayatnya sekali contohnya Abang ada adik. Cukup mudah, hanya salin semula dan pastikan ejaan serta tulisan cantik dan kemas. Nah, beginilah balasan yang ku dapati!
LIhatlah bukan cikgu yang bodoh , bodohnya murid ini terserlah apabila tidak tahu menggunakan huruf besar pada kata nama khas dan kata berimbuhan MeN-
Dalam kes begini, agak-agaknya apakah tindakan anda sebagai guru? Senang sahaja tanya siapa tulis, mengapa , apa hubungan kita dengannya. murid ini memberitahu bahawa abangnya yang menulis tetapi apa maksudnya!. Susahnya hendak mengajar murid yang bodoh sombong kerana tidak sedar diri sepatutnya siasat mengapa guru mereka terpaksa berpatah balik seperti mengajar murid pra atau tadika atau pelajaran tahun 1. Pelik bin ajaib kan!.
No comments:
Post a Comment