Hari ini aku terkejut melihat ramainya orang berkumpul di hadapan MayBank Sungai Besar. Kelihatan seorang perempuan tua sedang menangis dikerumuni beberapa anggota polis bantuan.
Kulihat makcik itu kelihatan seperti hendak pengsan tetapi dipapah oleh mereka. Kemudian dipujuk oleh mereka. Salah seorang daripada 4 orang polis tersebut sedang menelefon, tak tahulah mungkin menghubungi saudara-mara atau anak mak cik tersebut. Kasihan, aku melihatnya!. Rupa-rupanya, dia ditipu . Dia kehilangan RM10 000 setelah ditepuk bahunya oleh seseorang. Tak tahulah lelaki atau perempuan dan berbangsa apa. Selalunya yang membuat kerja ini orang Indonesia tetapi aku tak pasti. Aku masih ingat lagi pada suatu hari, aku pernah ditegur oleh seseorang Indonesia di hadapan bank yang sama bertanya tentang stesen bas, setelah ku beritahu arahnya, ku lihat dia berpatah balik. Kemudian aku meneruskan perjalanan kehadapan kaki lima bank itu, terjumpa pula seorang perempuan Indonesia , masih menggunakan taktik yang sama, bertanya atentang pejabat pos pula sedangkan pejabat pos itu hanya berjalan kaki di belakang bangunan bank itu. ..Hai, hai, manusia pandai juga korang berlakon untuk menipu ya!. Aku yang teringat akan peristiwamenipu ini cepat-cepat beredar, kalau layan pun jawab sepatah dan terus berlalu. Aku bersyukur kerana selama ini aku masih terhindar daripada masalah ini. Semoga Allah melindungiku dan peringatan kepada semua orang agar tidak melayan serta berhati-hati agar tidak tertipu dengan taktik mereka.
Suatu yangpeliknya, mungkin mereka ini jadi pengintip di bank-bank atau pegawai bank/ orang dalam beri maklumat kot...bagaimana diketahui mak cik ini mengeluarkan duit sebanyak itu? Selalunya kes ini berlaku kepada mereka yang mengeluarkan wang yang banyak seorang diri.
No comments:
Post a Comment