Walaupun dah mengajar hampir 29 tahun, aku masih mencari kaedah dan teknik yang terbaik untuk anak didikku. Mengapa? Kerana setiap kali murid-,muridku ini berbeza, kalau dahulu di sekolah lama, aku dapat mendidik mereka dari tahun 4 -6, jadi mudah menyambung tugas pembelajaran dan pengajaran sebab dah memang kenal karenah mereka.
Tahukah dah 7 bulan bersama mereka, masih lagi bersifat keanak-anakan. Mereka perlu pujian dan ganjaran. Walaupun kekadang agak melucukan sifat keanak-anakan mereka, namun terselit kepandaian yang tak perlu diajar.
Berlainan dari hari biasa, 29/7/2013 aku hanya menyuruh setiap murid membaca seperenggan demi seperenggan. Kemudian , aku minta mereka terangkan maksudnya, kalau tidak faham aku akan bantu mereka. Mereka pun pelik. Mengapa? kerana aku tidak menulis sebarang perkataan di papan putih. Dengan tidak disangka-sangka tetiba terpacul keluar pertanyaan. " Hari ini membaca sahaja , cikgu", kata salah seorang yang bermulut murai.
"Yalah, sebab kamu masih belum dapat membaca dengan lancar". Tambahan pula terlalu banyak kesalahan perkataan yang kawan-kawan klamu sebut. Akhirnya sebelum tamat pelajaran baharulah aku mula menulis di papan putih seperti biasa kerana anak muridku ini hanya pandai menyalin jawapan sahaja, Kalau tidak alamat tak belajarlah.
No comments:
Post a Comment