Aku sebenarnya dah lam berfikir untuk menjadikan lagu " Ayam" oleh penyanyi Jalil Hamid ini. Menariknya sarikata lagu ini banyak mengandungi simpulan bahasa/peribahasa/perumpamaan. Daripada lagu ini, aku minta murid mendengar lagu dan menyenaraikan simpulan bahasa yang terkandung dalam lagu ini.
Murid-muridku begitu aktif hendak mencabut kertas undi apabila aku sediakan kotak beracun bagi memilih murid untuk menyebutkan simpulan bahasa yang diketahui atau yang telah dipelajari. Kemuncaknya seperti yang kujanjikan sesiapa yang berjaya menyenaraikan simpulan bahasa akan mendapat hadiah. Hadiahnya adalah cenderamata yang ku beli dari Sabah.
Penggunaan BBM seperti laptop, speaker, lagu Ayam yang didownload, skrin , word, senarai nama dalam kotak beracun, hadiah rantai kunci atau kerongsang di dalam kotak berwarna emas atau warna perak.
Dapat ucapan 'tahniah ' daripada guru besar dan markah cemerlang bagi pencerapan ini. ...aku sebebarnya tak kisah dicerap oleh sesiapa , cuma nak fikirkan bahan dan tajuk p & p, aktiviti yang sesuai untuk murid dan tahap kebolehan mereka.
No comments:
Post a Comment