Agaknya 2-3 kali kami berpusing-pusing mencari papan tanda menuju ke destinasinya. Kekadang kami lihat papan tanda , kemudian terlepas pula simpang jalan menuju ke kampung itu. Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan merupakan jalan gravel, berdebu. Akhirnya , kami sampai juga pada pukul 12.30 tengah hari. Kawasannya luas dengan hutan bakau. Terdapat tayangan filem tetapi oleh kerana tidak kesempatan, kami hanya melihat monyet probosis sahaja. Keadaan lebih kurang sama dengan tempat pemulihan orang utan Sepilok. Masalah utama kalau makan angin di Sabah ini tidak cukup sehari kerana tempat pelancongannya jauh antara satu tempat ke satu tempat. Sekiranya anda ingin melancong, anda memerlukan beberapa hari untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Kami berpuas hati , walaupun 2 tahun di Sabah, sempat makan angin atau bersiar-siar di beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti GUa batu Tulug, Labuk Bay Probosis Monkey Sanctuary, orang Utan Sepilok, tempat matahari terbenam di Simpang Magayau, Rumah Panjang Rungus, kolam Air panas di Ranau dan Muzium Negeri Sabah.
Walaupun tinggal jauh di hujung dunia, Felda Sahabat sampai juga kami ke Kota Kinabalu , Sandakan dan Tawau. Cuma terkilan tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu, sempat singgah di kaki Gunung Kinabalu dan melihat gunung itu di pekan Nabalu.
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu lagi
kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk pelancong yang
ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi.
Santuari ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan
berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan. Ia terletak sejauh 38 km
dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk
sampai ke pusat ini. Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel. Bagi
sesiapa yang suka melihat haiwan unik ini, ini adalah suatu kemestian untuk
melawat tempat ini. Jadual waktu pemerhatian ialah pada 11.30 pagi - 1.30
petang dan 4.30 petang - 6.00 petang.
No comments:
Post a Comment