Tahun 2012, aku tertarik hati dengan sajak bertajuk " Rumah itu Kosong lagi" yang membawa maksud semua penghuni SBPI Sabak Bernam mengharapkan kehadiran seorang bapa iaitu pengetua baru. Pengetua lama bersara sejak bulan Oktober. Kehadiran suamiku dinanti-nantikan. Walaupun tarikh pertukarannya 1 Oktober, namun beliau menangguhkannya.
Tambahan pula bukanlah mudah untuk menguruskan pertukaranku dan pertukaran sekolah anak bongsuku. Untuk menguruskan pertukaranku pula, aku terlibat dengan kemalangan pada 25 Oktober, maka bertambahlah penat lagi mana nak uruskan membaiki kereta dengan agen insuran dan barang-barang kargo. Maka secepatnya beliau melaporkan diri pada 6 Disember 2011, maka dengan ini rumah pengetua tidak kosong lagi.
Tetapi bagaimana dengan rumah kami?. Rumah kami tetap kosong lagi. Rumah itu kami tinggalkan pada 2010 , ada penghuninya iaitu anak sulungku bersama dengan kawan-kawannya tetapi selepas bulan November 2011 rumah itu kosong sehingga kini. Hilang seri rumahku. Sesekali , aku balik mengemas rumah pada setiap cuti penggal atau cuti persekolahan. Aku tidak tahu , entah berapa lama lagi rumah itu akan kosong, sekosong hatiku walaupun aku berada di Sabak Bernam. Aku bermohon agar Allah memperkenankan doaku agar dapatlah aku pulang semula ke rumahku sendiri, setelah penatku merantau dan duduk menyewa di rumah orang atau di kuarters guru rumah pengetua ini.
No comments:
Post a Comment