Sunday, November 24, 2013

jalan-jalan di sekitar bandar Melaka

Rombongan kami diberi masa selama 4 jam untuk mengelilingi bandar Melaka.  Murid-murid diuruskan oleh ketua rombongan dan kami badan kebajikan serta anak-anak bebas melakukan aktiviti.  Setiba di bangunan Craft Centre, kami sembahyang dan berjalan-jalan di kedai-kedai yang terdapat di situ.
  Kami pergi ke Muzium Islam dengan bayaran RM2.00 seorang.  Kemudian meneruskan perjalanan mendaki bukit ST Paul di sebelah muzium itu.  Dari Bukit ST Paul dapat melihat panorama bandar Melaka di sekitarnya.  Banyak Muzium yang terdapat di Melaka seperti Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar),Muzium Chetti Melaka, Muzium Pertanian, Muzium Orang Asli, Muzium rakyat dan sebagainya.
   Kami melihat banyak peniaga kecil yang menjual cenderamata , pemuzik dan pelukis.  Masing-masing mencari rezeki di kaki bukit St Paul ini. Semakin banyak gerai pula berbanding dengan tahun 2002 yang aku lawati dulu.  Mungkin  banyak pengunjung tempatan dan luar negara melancong ke sini sebab itu semakin banyak peniaga.
   Pada pukul 6.30 petang ,kami sempat bergambar di hadapan Dataran Pahlawan.Kemudian, kami singgah di Masjid Selat atau Masjid Terapung di tepi laut. Kami mandi dan sembahyang jamak Maghrib dan Isyak.  Kemudian , kami menuju menuju ke Bandar HIlir semula untuk murid-murid yang hendak menaiki Menara Tamingsari dengan bayaran RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.
    Aku hanya bersiar-siar di Bandar Hilir dan mengambil keputusan menaiki beca dengan bayaran RM25 sebuah .  Oleh kerana aku bertiga , maka ku pelawa anak muridku dan adiknya untuk menyewa 2 buah beca, ingatkan jauh perjalanannya, rupa-rupanya semasa hendak menaiki bukit menuju ke A Farmosa, semua penumpang diminta turun, tak larat nak daki bukit. Kemudian kami naik semula menuju A Farmosa, balik semula ke Craft Centre kemudian ke tepi sungai jeti untuk river cruise dan balik semula ke tempat menyewa baca tadi di hadapan Menara Taming Sari.

naik tangga ke tingkat atas Muzium Islam

                                                           pintu masuk Muzium Islam
                                                            mendaki Bukit St Paut
                                                               di atas Bukit St Paul

                                                                      di hadapan  A Fomosa
                             
                                               bergambar bersama-sama  ahli rombongan
                                        jadi pelancong sekejap- naik beca pada waktu malam.
  Kami berada di Bandar Hilir ini dari pukul 8.30 hingga pukul 10.30 malam, kemudian rombongan kami balik semula ke destinasi SKSS pada pukul 2.15 pagi.  Syukurlah , rombongan kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke Legoland dan Bandaraya Melaka Bersejarah selama 3 malam 2 hari.

No comments:

Post a Comment