Sunday, November 24, 2013

Zoo Melaka

Walaupun aku orang Melaka dan dah pergi ke Zoo ini, namun aku penuhkan masa mengelilingi zoo ini.  Rombongan kami sampai ke Zoo pukul 9 hingga pukul 12.30 tengah hari pada 17 /11/2013.  Memang banyak perubahan dan pemodenan yang berlaku di Melaka.
     Aku hanya duduk di Melaka sejak lahir sehingga 16 tahun , kemudian setelah bekerja aku membina rumah dan sempat mendiami rumah itu hanyalah 8 tahun,  Sepanjang hayatku dihabiskan 3  tahun di Kuala Terengganu, di Maktab Pewrguruan Kuala Terangganu, kemudian mengajar 5 tahun di Selangor, seterusnya 12 tahun di Pulau Pinang, 8 tahun di Alor Gajah, 2 tahun di Sabah dan sehinggalah kini 2 tahun di Selangor.  Jadi, sudah lama juga aku tidak mengelilingi bandar Melaka dan cuti penggal ini pula aku menghabiskan masa di Sabak Bernam .  Mungkin bulan Disember berkesempatan bercuti di rumah sendiri.
   Harga tiket mengikut rombongan, kalau harga biasa RM15 tetapi kami dapat RM10 bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas.. Sejak ada night Safari atau Zoo malam masuk yang percuma,  kami tidak lagi menjejaki kaki ke sini.  Jadi kami merebut peluang bersantai di Zoo Melaka.
  Sepanjang perjalanan mengelilingi Zoo Melaka, banyak sangkar haiwan yang telah diperbaiki dengan kata lain sangkar atau kandang yang kosong. Di pintu hadapan, landskap terdapat air terjun penyejuk mata, sesi bergambar serta bergambar dengan burung , ular atau gambar haiwan ,tram dan kandang-kandang haiwan atau sangkar khasnya untuk burung dan mengelilingi tasik.
    Kami tidak dapat menaiki tram kerana tidak ada dalam pakej.  Ramai pengunjung dari negeri lain dan rombongan murid sekolah. Apa yang menariknya di Zoo ini ialah pemandangan alam semula jadi dan perjalanan ke tasik.
  Sebelum pulang, sempat kami melihat telatah pengunjung khasnya kanak-kanak bermain di taman permaian seperti buaian, gelongsor, dan sebagainya yang menjadi tarikan kepada mereka yang aktif dan bertenaga.


                                                               badak sumbu
                        seladang Malaysia paling besar di dunia....ingatkan kerbau hampir pupus
                                                   pagi-pagi lagi masih tidur di harimau ni!
                                                                         berehat sakan!
                                                 sedang khusuk makan, entah apa yang digigitnya1


No comments:

Post a Comment