Tuesday, November 19, 2013

Memorial Tun Abdul Ghafar Baba

Kami sampai ke Memorial Tun Abdul Ghafar Baba pada pukul 1.00 tengah hari. Rombongan kami disambut dengan baiknya. Oleh kerana keluasan  memorial ini terhad ,maka kami diberi penerangan dan taklimat di bawah khemah.  Sebaik-baik sampai ke memorial ini, aku rasa agak pelik juga kerana kalau dikatakan memorial tidaklah munasabah apabila aku melihat seakan-akan pejabat atau muzium kecil sahaja.
   Rupa-rupanya rumah arwah ini dijadikan tempat menyimpan segala khazanah dan sejarah perjalanan politik beliau.  Rumah mantan Timbalan Perdana Menteri ini dipelihara dengan baik dan di hadapannya telah ditambah menjadi pejabatnya ketika beliau menjadi pemimpin negara. Beliau berjiwa rakyat kerana beliau adalah berasal daripada anak yatim dan menjadi guru kemudian barulah memulakan karier politiknya sehingga berjaya menjadi pemimpin nombor dua di negara kita.

                                         Ucapan  En Abdul Majid bin Ismail, guru besar SKSS
                                        ahli rombongan guru-guru, ahli badan Kebajikan dan murid-murid SKSS
                       
                                                Ucapan pengurus Memorial Tun Abdul Ghafar Baba
                             Rumah Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba sebelum menjadi ahli politik
                     Rumah yang dijadikan memorial , dipamerkan segala sejarah dan perjuangan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia .
                                              Bahagian bertangga menuju ke ruang dapur
                         Ruang tengah rumah yang mempamerkan koleksi barang, gambar dan cenderamata beliau.
                       
                                             pemandangan dari  sisi belakang rumah
Pandangan sisi di hadapan rumah , seolah-olah pejabat.
Beliau adalah pemimpin yang bersikap merendah diri dan berjiwa rakyat.
Nama sebenar beliau adalah Abdul Rafal .  Beliau kemudian menukarkan namanya kepada Abdul Ghafar. Tafsirkanlah kata-kata arwah seperti di dalam majalah ini.

No comments:

Post a Comment