Monday, November 11, 2013

refleksi pdp muridku 4Jaya 2013

Dah setahun aku mengajar mereka.  Pada awalnya aku dapati mereka memang lemah.  Ada 7 orang yang PROTIM.  Mereka boleh membaca tetapi merangkak-rangkak.  Paling sukar untuk membuat mereka duduk diam atau menumpukan perhatian.  Murid kelasku terdiri daripada 5 perempuan dan 21 lelaki, kemudian bertambah seorang perempuan dan 2 lelaki.  Anehnya, tambahan murid ini adalah dari golongan yang suka ponteng dan bermasalah dalam  keluarga.
  Aku merasa agak  penat  untuk menarik minat mereka terhadap pembelajaran.  Hanya dengan menggunakan rotan dan denda boleh mengurangklan kenakalan mereka.  Selain itu, aku juga selalu memberi ganjaran seperti hadiah, wang dan makanan di samping kata-kata motivasi seperti cuba lagi, pandai, bagus dan kata-kata lain demi menarik perhatian mereka.
  Dalam pengajaran dan pembelajaran  paling sukar aku mengajar mereka menulis karangan.  Masalah utama ialah mereka kurang membaca dan tidak mahu berdisiplin.  Kerja latihan harian pun tak siap, inikan pula kerja rumah.  Oleh itu pendekatan yang ku lakukan ialah sama-sama membaca petikan atau bahan bacaan, selain menerangkan maksud setiap perkatan sukar dan stiap perenggan.
  Dari segi, penulisan banyak yang melanggar tatacara menulis  seperti tanda baca.  Mereka menyalin ikut suka, kekadang di tengah-tengah perkataan huruf besar, kata nama khas  huruf kecil manakala tanda noktah tidak ada.  Aku terpaksa menyebut  huruf abjad sama ada  huruf kecil dan huruf besar pada kata nama am dan nama khas, di samping ada dua orang murid yang menulis b dan d terbalik.
  Kesilapan yang selalu dilakukan ketika menulis ialah perkataan:-
      dia             -      diya
      suatu          -     suwatu
      kuluarga    -      keluwarga
      pakaian     -      pakaiyan
      buaian       -     buaiyan
      bapa         -      bapak
Syukurlah ada juga perubahan yang dibuat tetapi banyak modal , masa dan  tenaga yang diperlukan untuk mengajar mereka.
  Banyak kad bacaan, gambar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian, alat muzik, bunga-bunga dan sebagainya yang ku beli sendiri, selain gambar dari internet yang dicetak sebagai bahan bantu mengajar yang dilekatkan di dinding kelas  sebagai rujukan dan pengukuhan.
  Semoga usahaku sebagai guru dapat dimanfaatkan kepada mereka.  Mereka sebenarnya kurang bimbingan dan pengukuhan di rumah.  Aku dapat merasakan agak sukar juga menerima hakikat bahawa sukarnya untuk mengajar murid-murid ini  kerana keadaan  di sekeliling sudah berubah, sudah moden berbanding dengan keadaanku dulu yang serba kekurangan , almaklumlah sekolah zaman 1970-an.  Aku masih ingat  semasa aku bersekolah di kampung dulu, bekas cikguku , Cikgu Ramlah pernah memberiku  20 sen kerana berjaya menjawab sifir dan pernah dirotan oleh mantan guruku, Cikgu Hashim kerana menulis angka 2 terbalik semasa darjah satu   . Semoga semua mantan  guruku diampuni dosa-dosanya dan  keberkati Allah s.w.t.



 .                           Photo


No comments:

Post a Comment