Menurut pengerusi Majlis guru besar, sebagai guru Bahasa Melayu yang membawa misi ke sana, perlulah membawa imej yang baik sebagai wadah guru -guru Malaysia . Kita perlu menyesuaikan kehidupan kita dengan masyarakat di sana. Apa-apapun segala rancangan telah dibuat, semoga kami selamat dan dapat menyampaikan misi menabur budi kepada pelajar-pelajar Islam di sana.
Doakan kami agar selamat setelah penat membuat beberapa persiapan . Tarikh program ini bermula dari 29 November hingga 8 Disember 2013.
banner yang akan dibawa ke Satun, Thailand
Penerangan daripada pengerusi majlis misi menabur jasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Sebagai persediaan aku mula membaca menelaah belajar bahasa Thai berpandukan buku yang ku beli di kedai buku Maju Edar, Sungai Besar .
Selain itu aku juga mempelajari bahasa Thai melalui internet, berpandukan internet dengan buku ini agak berlbeza ejaan dengan sebutan dan ada perkataan lain yang digunakan, semoga kehadiranku ke Satun dapat manfaat bagiku dan juga anak didik di sana.
No comments:
Post a Comment