Dah lama akutidak membuat kek dam . Hari Raya Aidil Adha ini aku membuat keputusan untuk membuat kek dam memandangkan aku tidak ada loyang pembakarnya jadi ku jadikan dia kek marble.
Bahan-bahan
1 kg gula pasir atau kalau mahu kurang manis guna gula castor
1kg tepung naik sendiri cap blue key
1 kg menjerin planta.
24 biji telur - asingkan putih dan kuning telur
1 /2 botol perasa oren cap bintang
1 cawan serbuk koko Van Houten
sedikit esen vanila cap bintang
pewarna kuning telur cap bintang
Cara-cara
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang
2. Pukul kuning telur dalam bekas A dan putih telur dalam bekas B. Putih telur dipukul sehingga menjadi seperti buih.
3. Campurkan putih telur sedikit-demi sedikit, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.. Adunan dikacau sehala , masukkan sedikit esen vanila .
4. Kemudiaan masukkan kuning telur sedikit-demi sedikit sambil dikacau sehala.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bekas, Bekas A dicampurkan serbuk koko ,- ambil sedikit adunan campurkan serbuk koko sedikit demi sedikit kacau atau gaul hingga rata supaya sebuk koko itu tidak berketul kemudian campurkan kesemuanya, kacau lagi sehingga rata. Dalam bekas B , campurkan adunan dengan sedikit pewarna kuning telur dan 1/2 botol perasa oren .
6. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dengan berselang-seli bahan A dan B.Loyang pembakar dialas dengan kertas yang telah dioleskan majerian planta supaya adunan tidak melekat dan loyang sedang dibasuh.
7. Bakar di dalam oven 180 F selama 45 minit , panaskan dahulu oven selama 20 minit dan jangan buka ketuhar ketika kek sedang dibakar..
Dengan adunan sebanyak ini dapat 4 biji kek dengan loyang pembakar yang sederhana atau gunakan loyang pembakar yang berlubang di tengah-tengahnya.
No comments:
Post a Comment