Tuesday, November 19, 2013

Kempen diet , sukarnya !

Sejak ada kempen jom sihat pada tahun 2002, aku sudah mula menjaga kesihatan.  Kempen itu diadakan di Sek Keb Lendu, Melaka.  Ada pemeriksaan kesihatan, timbang berat dengan ketinggian untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
  Memanglah kita yang sudah berumur akan cepat meningkat berat badan.  Aku walaupun dalam kategori berat badan berlebihan obes masih bersyukur kerana setakat itu belum ada penyakit darah tinggi atau kencing manis. Semasa pemeriksaan tekanan darah dan kencing manis aku bersyukur kerana aku bebas daripada kedua-dua simpton itu.  malah jururawat atau pegawai kesihatan menyatakan tekanan darah baik .
Sebenarnya , dia tidak ntahu aku memang minum teh hijau  Cina.  Memang pada masa itu teh hijau menjadi kebiasaanku minum sebelum sarapan.
   Aku sebenarnya telah mencuba berbagai-bagai ubat untuk menurunkan berat badan.  Ubat-ubatan keluaran Sendayu Tinggi, Zullian dan sebagainya semuanya tidak mendatangkan hasil.  Akhirnya setelah banyak percubaan,  aku mengambil D'tone dan D'Green selain  ke   SPA dengan pakej 20 kali urutan serta pemakanan yang diberikan sekadar sebulan sahaja dengan RM5999 setelah diskaun RM1000 .  Akhirnya, aku berjaya menurunkan berat badan dari 60.3 kg kepada 51kg. Kempen menurunkan berat badan  ini ku lakukan pada tahun bulan 10/2009 sehingga bulan 4/2010.
  Semasa berada di SPA itu berbagai-bagai cara digunakan.  Mula-mula urutan di semua badan selama 15 minit , kononnya untuk memecahkan lemak dengan sapuan minyak.  kemudian dikuti dengan alatan yang menggerudi seluruh badan.selama 20 minit. Lebam-lebam di tangan akibat kesan gerudi itu. Selepas itu,
kedua-dua tangan dan  perut disapu dengan slimming gel dan dibalut dengan pembalut khas yang ada infrared disambungkan ke mesin slimming selamat 30-40 minit. Akhirnya aku bersauna dengan    selimut sauna selama 30 minit.  Begitulah setiap minggu hampir 2 jam aku ke SPA sebanyak 20 kali.
   Untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan aku terpaksa membeli makanan diet berupa serbuk yang digoncang dengan 150ml air, setin harganya RM200 dan diminta menggunakan krim slimming yang berharga RM155.  Dengan pelaburan hingga mencecah ribuan ringgit barulah aku berjaya menurunkan berat badan 50kg. tetapi banyak pantang larangnya, tidak boleh makan nasi atau makanan berlemak atau gula. Tetapi aku mana boleh mengikut aturan diet ini.  Kekadang terbabas juga sebab kita hidup bermasyarakat dan terpaksa mengikuti jamuan atau majlis kenduri kahwin juga.  Akhirnya aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9 kg sahaja.
   Kini , aku buat diet  tetapi terbabas juga.  Aku buat senaman dengan  treadmill  dan sauna selain membeli makanan diet D"green dan D'Tone dan DTox Shape Tea untuk menjaga kesihatan. Kini sukar untuk menurunkan berat badan tetapi aku menghindari makan berlemak dan kawal pemakanan.  Setakat itulah yang terdaya....susahnya hendak mengawal berat badan di kala usia meningkat tambahan pula tidak berdisiplin.
Treadmill ini sku beli semasa bertugas di Sabah, dapatlah diskaun RM1000,kerana harga promosi harganya sebenarnya pada tahun 2010 ialah RM6000 .  aku bayar dengan menggunakan kad kredit dengan ansuran sebanyak RM420 sebulan selama setahun. 


                                                Gambar kenangan semasa di SK Sahabat 4, Sabah pada tahun 2010.

No comments:

Post a Comment