Kami berehat dan sempat berposing sebelum pukul 10.00 pagi sementara menunggu Legoland dibuka. Ramainya pengunjung yang datang pada hari itu maklumlah cuti persekolahan dan cuti hujung minggu. Selain murid sekolah kami, terdapat ramai rombongan sekolah lain.
Kami masuk pukul 10.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Kami sempat bergambar dengan beberapa patung yang diperbuat daripada binaan lego. Patutlah namanya legoland. Semua bahan binaan replika atau patung diperbuat daripada lego.
Terdapat banyak permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kami tidak sempat untuk menyertai setiap permainan kerana terlalu banyak yang hendak dilihat, dipertontonkan dan dicuba. Kami sempat bergambar di beberapa segmen, Lego Technic, Lego Ki
ngdom, Lego City, Imagination, Land of Adventure, Miniland, The Beginning dan Water Park.
Seronoknya walaupun penat berjalan-jalan di sekeliling kawasan yang luas ini. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan tetapi sediakan dulu ongkosnya.....hehehe perlu bawa banyak wang sebab nasi lemak, laksa, dan yang lain-lainnya berharga lebih kurang RM10.00. Signature drink ..ingatkan minuman apa? Rupa-rupanya cendol : guna santan kelapa powder, sedikit jagung, cendol, kacang merah harganya RM8.80 makan bersama nasi berlauk kari ayam RM9.00 jumlahnya RM17.80 , harga tiket dewasa packej RM165 dapat voucer makan RM15.00 tak mencukupi...hehehe ......kalau nak pergi kenalah poket tebal! Kepada yang ingin bercuti ke sini perlulah seharian , barulah berbaloi !
bergambar di hadapan pintu masuk Legoland
Semua ahli rombongan berkumpul sebelum masuk ke Legoland
Ketua rombongan En Safar dan pembantu Pn Norsam sedang mengagihkan tiket masuk
Ramainya pengunjung sedang menanti pukul 10.00 pagi dipintu masuk.
No comments:
Post a Comment